Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

PENCULIK TUNTUT TEBUSAN RM4 JUTA

Pesuruhjaya Polis Sabah (dua kanan) Datuk Omar Mammah memberi tabik hormat kepada Kawalan Kehormatan pada Perhimpunan Khas Pesuruhjaya Polis Sabah di Dataran Pahlawan, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah, Kepayan, Kota Kinabalu. Gambar SNT/Mohd Adam Arinin

KOTA KINABALU: Kumpulan penculik wang untuk tebusan (KFR) menuntut bayaran sebanyak RM4 juta daripada keluarga dua nelayan yang diculik di perairan Pulau Gaya Semporna.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Omar Mammah mengesahkan salah seorang daripada isteri mangsa culik yang dilarikan menerima panggilan telefon daripada kumpulan berkenaan untuk meminta wang tebusan.

Menurut Omar, berdasarkan maklumat awal, pihak polis yakin panggilan telefon yang dibuat adalah melalui nombor asing di selatan Filipina.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Omar Mammah pada sidang media selepas hadir di Perhimpunan Khas Pesuruhjaya Polis Sabah di Dataran Pahlawan, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah, Kepayan, Kota Kinabalu. Gambar SNT/Mohd Adam Arinin

“Panggilan itu dibuat pada pukul 10.24 pagi pada 18 September lalu menggunakan talian antarabangsa terus kepada isteri salah seorang mangsa culik yang menetap di Sulawesi di Indonesia.

“Isteri mangsa juga telah memaklumkan kepada pihak berkuasa mengenai permintaan daripada kumpulan penculik berkenaan untuk menyediakan sejumlah wang tebusan sebanyak RM4 juta,” katanya ketika ditemui selepas hadir pada Perhimpunan Khas Pesuruhjaya Polis Sabah di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah di sini, hari ini.

Pada 11 September lalu, kira-kira pukul 1 pagi, dua lelaki warganegara Indonesia masing-masing berusia 30 dan 35 tahun diculik dua lelaki bersenjata ketika menggunakan pam bot di perairan Pulau Gaya, Semporna.

Sementara itu, pihak polis bersama agensi keselamatan dan penguatkuasaan undang-undang akan mengatur perbincangan dengan kerajaan negeri untuk mengkaji secara terperinci mengenai pengharaman semula penggunaan pam bot di perairan timur Sabah. -SabahNewsToday

Komen


Berita Berkaitan