Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,695

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Penculik sudah hubungi keluarga 5 kru kapal

1:34pm 21/07/2016 Pak Roshan 2800 views Isu Semasa,Mutakhir
foto : myMetro Online

foto : myMetro Online

SANDAKAN: Kerajaan mengesahkan kumpulan penculik yang melarikan lima kru kapal tunda warga Malaysia di perairan Lahad Datu, Isnin lalu, sudah menghubungi keluarga mangsa.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed, berkata kumpulan penculik terbabit juga sudah dikenal pasti dan berdasarkan perkembangan itu kerajaan kini memulakan rundingan dalam usaha membebaskan semua mangsa.

Katanya, keluarga mangsa diingatkan agar tidak menzahirkan sebarang hasil perbincangan atau komunikasi di antara pihak berkuasa dan kumpulan penculik bagi mengelak maklumat berkenaan menjadi penggalak kepada pengganas untuk meneruskan kegiatan rentas sempadan.

“Kita tahu siapa (penculik) terbabit dan sedang berunding dengan mereka (untuk membebaskan mangsa).

“Jangan zahirkan atau besar-besarkan perbincangan ini dalam media atau apa kaedah sekali pun kerana yang penting rundingan dan mangsa dipulangkan semula kepada keluarga dalam keadaan selamat,” katanya selepas merasmikan Penganugerahan Pingat Kedaulatan Negara di Dewan Institut Latihan Perindustrian (ILP) di sini, sebentar tadi.

Dalam insiden penculikan terbaharu Isnin lalu, lima warga Malaysia yang juga kru kapal tunda Serudung 3 diculik di perairan Dent Heaven di Lahad Datu, ketika dalam perjalanan ke Semporna selepas menghantar pasir di Sandakan.

Kapal tunda itu ditemui terkandas di kawasan beting pasir jam 2 petang dalam keadaan enjin hidup tanpa operator, manakala barangan di dalamnya berselerak sebelum semua kru terbabit disahkan diculik dan dibawa ke selatan Filipina.

Lima kru terbabit ialah juragan, Abd Rahim Summas, 62; Tayudin Anjut, 45; Fandy Bakran, 26; dan Mohamad Jumadil Rahim, 23; semuanya dari Tawau, manakala Mohd Ridzuan Ismail, 32, dari FELDA Jengka 7, Bandar Jengka, Pahang.

Mengulas lanjut, Nur Jazlan menggesa pengguna terutama yang terbabit dalam aktiviti komersial di sempadan perairan Sabah agar meningkatkan kerjasama dengan pihak berkuasa bagi memudahkan kegiatan mereka dipantau. – BH Online

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan