Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Penculik Minta Wang Tebusan RM 20 Juta ?

kapal

TAWAU: Kumpulan yang menculik lima kru Kapal Serudong Shinpping Sdn Bhd dipercayai meminta wang tebusan RM 20 Juta atau 200 juta Peso yang disampaikan melalui menerusi satu panggilan telefon yang berdaftar di Filipina pada selasa lepas 19 Julai.

Menurut sumber yang enggan dikenali, jurutera kapal Serudong 3 dan Serudong 4, Tajudin Anjut, 45 yang turut menjadi mangsa culik membuat panggilan berkenaan kepada majikannya pada jam 8.30 pagi.

Dalam perbualan singkat sebelum terputus talian, mangsa sempat memberitahu dia dan empat rakan yang lain dalam keadaan selamat dan kini berada di Pulau Basilan, ketika ditanya majikannya tentang keadaan mereka dan apa yang diminta oleh penculik.

Selain Tayudin Anjut, empat lagi anak kapal ialah Abdurahim Summas,62, Mohammad Ridzuan Ismael,32, Mohammad Jumadil Rahim,23 dan Fandy Bakran,26.

Kesemua rakyat Malaysid dari Tawau dan Pahang (Mohd Ridzuan) iru dipercayai diculik semasa melalui perairan Dent Heaven dekat Tambisan, Lahad Datu ahad lalu ketika dalam perjalanan balik ke Semporna selepas menghantar muatan batu ke Sandakan. – Harian Express, 21 Julai 2016 (Khamis)

Komen


Berita Berkaitan