Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Penculik bersenjata M16 culik dua nelayan di perairan Semporna (KEMAS KINI)

Paparan lokasi dan kedudukan bot nelayan tempatan, Dwijaya 1, yang didatangi dua penculik bersenjatakan M16 dan bertindak menculik dua warganegara Indonesia dalam kejadian di perairan Pulau Gaya, Semporna. Gambar SNT/Ehsan Pembaca

KOTA KINABALU: Dua nelayan warga Indonesia diculik oleh sekumpulan lelaki yang dipercayai terlibat dengan aktiviti menculik untuk wang tebusan (KFR) di perairan Pulau Gaya, Semporna, semalam.

Pemangku Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Omar Mammah ketika mengesahkan perkara itu berkata, dalam kejadian pada pukul 12 tengah malam itu, dua lagi rakan mangsa berjaya menyelamatkan diri dengan bersembunyi di kapal itu.

Omar berkata, terdapat empat kru berada di atas kapal itu sewaktu kejadian tersebut dan mangsa yang culik berusia di antara 30 hingga 40-an bekerja dengan syarikat Dwijaya Seafood sebagai nelayan.

Bot nelayan tempatan, Dwijaya 1, yang didatangi dua penculik bersenjatakan M16 dan bertindak menculik dua warganegara Indonesia dalam kejadian di perairan Pulau Gaya, Semporna. Gambar SNT/Ehsan Pembaca

“Mangsa ialah juragan kapal yang dikenali sebagai Samsul Saguni, 40, dan, Usman Yunus, 35, manakala dua lagi rakannya mereka yang berjaya menyelamatkan diri ialah Bakri Basir, 21, dan Tuba Damar, 37.

“Saksi kejadian yang juga salah seorang rakan mangsa yang terselamat memberitahu dua penculik terbabit bertopeng dan berpakaian gelap serta membawa senjata untuk menculik rakannya,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri program Maal Hijrah 1440H/2018M di Dewan Saadah Wisma MUIS Kota Kinabalu di sini hari ini.

Omar berkata, saksi berkenaan turut memberitahu, dia segera bersembunyi di dalam sebuah bilik di hadapan Kapal Dwijaya 1 selepas mengesyaki sesuatu berlaku apabila melihat kelibat dua lelaki bersenjata api dipercayai M16 menaiki kapal mereka.

Pulau Gaya di perairan Semporna yang menjadi lokasi kes penculikan terbaru tahun ini selepas dua penculik bersenjatakan M16 bertindak menculik dua warganegara Indonesia, awal pagi selasa. Gambar SNT/Ehsan Unnianje.blogspot.com

Kataya, kira-kira sejam kemudian, saksi keluar daripada bilik mendapati dua rakannya iaitu juragan dan pembantunya tiada di dalam kapal disyaki telah dilarikan oleh suspek.

Omar menambah, saksi dan rakannya berada di perairan Pulau Gaya selama tiga hari untuk menangkap ikan menggunakan Kapal Dwijaya yang terdiri daripada 15 anak kapal termasuk juragan.

Katanya, semasa kejadian hanya empat orang berada dalam kapal itu manakala 11 orang lagi telah kembali ke tanah besar Semporna menggunakan bot ringan untuk menghantar ikan.

Sebahagian daripada 15 krew bot nelayan tempatan, Dwijaya 1, yang didatangi dua penculik bersenjatakan M16 dan bertindak menculik dua warganegara Indonesia dalam kejadian di perairan Pulau Gaya, Semporna. Gambar SNT/Ehsan Pembaca

Beliau menambah, pihaknya akan memaklumkan pejabat kedutaan Indonesia berhubung insiden itu sementara menyiasat kedudukan mangsa yang diculik sama ada masih berada di perairan negara atau tidak.

Katanya, siasatan dilakukan mengikut Seksyen 3 akta Senjata Api dan Penalti Lebih Berat (FIPA) – SabahNewsToday

Komen


Berita Berkaitan