Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,776

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Pencarum KWSP: Pengeluaran Perumahan, Pendidikan Menerusi E-Pengeluaran

2:44pm 22/04/2016 Pak Roshan 422 views Mutakhir,Nasional

kwspp-600x367

KUALA LUMPUR – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) memperluaskan kemudahan perkhidmatan e-Pengeluaran untuk merangkumi Pengeluaran Pendidikan yang membolehkan ahlinya mengemukakan permohonan menerusi dalam talian untuk mengeluarkan simpanan KWSP.

Pengeluaran Pendidikan ini merupakan pengeluaran kedua selepas Pengeluaran Perumahan menerusi e-Pengeluaran yang menyaksikan pertambahan jumlah penyertaan institusi perbankan.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Operasi) KWSP Datuk Mohd Naim Daruwish berkata e-Pengeluaran merupakan perkhidmatan terbaru KWSP yang membolehkan ahli yang mempunyai i-Akaun mengemukakan permohonan pengeluaran mereka pada bila-bila masa dan di mana sahaja.

“Setiap suku tahun, jumlah permohonan pengeluaran, terutama Pengeluaran Perumahan mencatatkan peningkatan, dan justeru itu kami melihat perlunya untuk memudahkan proses dan memendekkan tempoh pengeluaran menerusi e-Pengeluaran,” katanya menerusi satu kenyataan.

Sejak diperkenalkan pada 2013 sehingga April 2016, sejumlah 64,297 permohonan untuk pelbagai jenis pengeluaran telah diserahkan melalui e-Pengeluaran, dengan RM32.35 juta diluluskan.

KWSP juga mendapati lebih banyak institusi kewangan menyertai dalam e-Pengeluaran, termasuk RHB Islamic, Maybank, Bank Islam, Oversea-Chinese Banking Corporation, Bank Simpanan Nasional, Ambank, dan United Overseas Bank, katanya. – BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan