Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Pencarum Harap KWSP Beri Dividen Lebih Tinggi

kwsp

SHAH ALAM – Pekerja sektor swasta berharap Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengisytiharkan dividen lebih tinggi pada tahun ini memandangkan kos sara hidup yang meningkat dan kesan daripada Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).

Timbalan Setiausaha Agung Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) A. Balasubramaniam berkata keseluruhan 10 juta pekerja sektor swasta mengharapkan dividen lebih baik daripada dana itu kerana ia satu-satunya sumber simpanan mereka.

“Kami mempunyai lebih 4 juta pencarum aktif dalam KWSP. Dividen tinggi akan menambah nilai simpanan persaraan mereka.

“Pekerja sektor swasta yang berpendapatan rendah terpaksa berdepan dengan kenaikan tambang pengangkutan awam dan kadar tol yang lebih tinggi di beberapa lebuh raya utama di sekitar Lembah Klang.

“Faktor ini memberi kesan kepada gaya hidup pekerja kerana mereka sukar menabung daripada gaji bulanan dan oleh itu, KWSP adalah satu-satunya simpanan untuk persaraan mereka,” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata dividen tertinggi yang dibayar KWSP adalah 6.75 peratus pada 2014, tertinggi sejak 1999. – BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan