Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Pencarian kru KD Perantau diteruskan- TLDM

KOTA KINABALU:Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) masih meneruskan pencarian anggota kapal diraja (KD) Perantau yang dipercayai jatuh di perairan Bintulu, Isnin lalu.
TLDM dalam kenyataan hari ini berkata aset laut yang berada di sektor pencarian kini adalah KD Selangor, KD Perantau, KD Serang dan MV Mega Bakti dari TLDM serta KM Tabah dan KM Siakap dari Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).
Katanya, Super Lynx milik TLDM dibantu oleh Pesawat Beechcraft B200T milik TUDM ditugaskan bagi memudahkan operasi mencari dan menyelamat namun tiada sebarang penemuan dilaporkan sehingga kini.
“Turut terlibat dalam pencarian mangsa pada hari ini adalah Pasukan Polis Marin iaitu PSC di pesisir pantai Kuala Balingin hingga Tanjung Payung dan Bot PAC di perairan Miri iaitu 10bn dari pesisir pantai Tanjung Lobang hingga Kuala Sungai Miri,”tambahnya.
Selain itu, Jabatan Laut Labuan juga telah mengumumkan kehilangan anggota melalui Navigation Telex (NAVTEX) ke semua kapal-kapal di perairan Sabah dan Sarawak.-SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan