Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,768

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Pencapaian Wanita Luar Bandar Sabah Dalam Industri Kraftangan Membanggakan – Menteri Sabah

jainab-remaja

KOTA KINABALU : Pencapaian wanita luar bandar yang terlibat dalam industri kraftangan di negeri ini cukup membanggakan apabila mampu memperoleh pendapatan tahunan lebih RM50,000.

Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna negeri Datuk Jainab Ahmad Ayid berkata, antara kraftangan yang menyumbang kepada pendapatan memberangsangkan itu termasukpenghasilan bakul yang diperbuat daripada rotan.

“Kerajaan sentiasa memberi ruang dan peluang kepada masyarakat untuk keluar dari garis kemiskinan dan sudah tiba masanya agar wanita berubah dan terus maju ke hadapan untuk membangunkan ekonomi keluarga,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan majlis penyampaian dan penutupan bengkel menjahit tudung serta majlis penyampaian bantuan peralatan jahitan kepada Persatuan Ibu Tunggal Karambunai (PITKA) bagi Program 1Azam dan bengkel usahawan kecantikan Program Kelompok 1Azam di sini hari ini.

Jainab berkata, wanita perlu terus positif untuk bangun serta mengubah minda dan tindakan sekiranya ingin berjaya dalam kehidupan.

Sementara itu beliau turut menasihatkan agar rakyat terus merebut peluang dan ruang yang diberikan oleh kerajaan untuk mengubah taraf hidup masing-masing.

Mengenai bengkel itu ia turut disertai 20 peserta yang berlangsung selama lima hari dan berakhir hari ini.

— BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan