Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,785

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Pencapaian UPSR 2015 di Sabah meningkat

3:54pm 17/11/2015 Dewiana Tinggolongon 1564 views Berita Pilihan,Kota Kinabalu,Pendidikan,Tempatan
Jame (tengah) ketika mengumumkan keputusan pencapaian UPSR.- Foto Alex Mairin / sayangsabah.

Jame (tengah) ketika mengumumkan keputusan pencapaian UPSR.- Foto Alex Mairin / sayangsabah.

KOTA KINABALU- Keputusan prestasi keseluruhan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) 2015 bagi sekolah-sekolah di negeri Sabah meningkat dan ia merupakan pencapaian terbaik pernah dicapai sepanjang lima tahun sebelum ini.

Pengarah Pendidikan Negeri Sabah, Datuk Jame Alip berkata peningkatan tersebut adalah sebanyak 2.67 peratus.

“Pada keseluruhannya seramai 22,972 orang calon atau 53.76 peratus telah berjaya mencatat sekurang-kurangnya pencapaian peringkat C dalam semua mata pelajaran yang diambil.

“Ini menunjukkan peningkatan sebanyak 2.67 peratus berbanding dengan 22,699 orang calon atau 51.09 peratus pada tahun 2014,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu sidang akhbar berkenaan Pengumuman Keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2015 di Wisma Pendidikan Negeri Sabah hari ini (Selasa).

Menurutnya, jumlah calon yang berjaya mencatat pencapaian penguasaan peringkat A bagi semua mata pelajaran juga meningkat sebanyak 381 orang menjadikan jumlah calon berjaya berkenaan sebanyak 1,612 berbanding 1,231 orang pada tahun 2014.

Terdahulu beliau berkata, seramai 42,728 orang Tahun 6 di Sekolah Kebangsaan (SK) dan Sekolah Jenis kebangsaan Cina (SJKC) telah mengambil peperiksaan itu berbanding 44,427 calon pada 2014.

Jame berkata, peperiksaan selama tiga hari bermua dari 8 September itu telah melibatkan 1,085 buah pusat peperiksaan.

Menurut beliau,SK  telah menunjukkan peningkatan peratusan lulus dalam semua mata pelajaran UPSR pada tahun ini.

Walaubagaimanapun, bagi Sekolah Jenis kebangsaan Cina (SJKC) pula hanya tiga mata pelajaran menunjukkan peningkatan  iaitu subjek Bahasa Melayu Penulisan, Bahasa Inggeris dan Matematik.

Sementara itu terdapat 10 sekolah SK tersenarai dalam sekolah terbaik UPSR 2015 iaitu SK Bombaai Tawau, SK.Sri Gaya KK, SK.Pasir Putih Tawau,SK.ST.Agnes KK, SK. Bahagia Tawau, SK.St Francis Convent KK, Sk.Bukit Lalang Semporna, SK. St benedict Ranau, SK.TG Aru II KK dan SK.St Monica Sandakan.

Manakala  senarai 10 sekolah terbaik UPSR SJKC pula ialah SJKC.Shan Tao KK, SJKC.Lok Yuk Likas KK, SJKC.Chung Hwa Kg.Air KK, SJKC Yuk Chin Tawau, SJKC.Anglo Chinese KK, SJKC .Yue Min Penampang, SJKC Pui Gin Sandakan dan SJKC. Sin Hwa Tawau.

“Bagi keputusan 11 sekolah terbaik UPSR  Sekolah Kurang Murid (SKM) ia termasuk SK Jabang Beaufort, SK Taginambur, SK Rangalau Baru Tuaran, SK Tinmpok Liwan Tambunan, SK.Ratau Ranau, SK.Perancangan Ranau, SK Suangpai Kudat, SK. Guakon Baru Tuaran, SK Karangan Beaufort, SK Saliku Nabawan dan SK Lingga Baru Tuaran.

“Manakala SKM bagi SJKC pula, 10 sekolah telah disenaraikan terbaik iaitu SJKC.Lian Hwa, SJKC Bng Hwa, SJKC Yuk Nam, SJKC Tsi Sin, SJKC Hwa Yin, SJKC Phui Ying,SJKC Pada, SJKC Kk WAH Talibong, SJKC Yuk Syn dan SJKC ur Lady Immaculate kudat,” ujarnya.

Dalam sidang media itu, beliau turut merakamkan ucapan tahniah kepada semua sekolah yang telah berjaya menunjukkan kecemerlangan dalam peperiksaan itu.

Dalam pada itu beliau berkata, keputusan UPSR telah dihantar kepada semua Guru besar melalui Pejabat Pendidikan Daerah masing-masing dan calon boleh mengambil slip keputusan di sekolah masing-masing bermula hari ini.

Tambah beliau, ibu bapa diingatkan agar membawa permohonan untuk semak semula kes “T” yang perlu dibuat dalam temph 30 hari selepas tarikh pengumuman keputusan dan dihantar terus kepada Lembaga Peperiksaan, KPM.

Katanya, borang semak semua keputusan tersebut boleh diperolehi di sekolah masing-masing atau di Pejabat pendidikan daerah berdekatan.

Jelasnya, permohonan semak semula kes “T” hendaklah sampai ke Lembaga Peperiksaan Sebelum 16 Disember ini.- Oleh Dewiana Tinggolongon / sayangsabah.

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan