Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,654

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Pencapaian calon SPM negeri Sabah menurun

1:59pm 03/03/2016 Leolerry Lajius 173 views Pendidikan
Datuk Jame Alip ketika mengumumkan keputusan tersebut.-Gambar Oleh Alex Mairin

Datuk Jame Alip ketika mengumumkan keputusan tersebut.-Gambar Oleh Alex Mairin

KOTA KINABALU: Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di negeri ini bagi tahun 2015 menunjukkan sedikit penurunan dari segi kualiti yang diukur melalui pencapaian Gred Purata Negeri (GPN) iaitu nilai GPN yang lebih kecil menunjukkan pencapaian yang lebih baik.

Menurut Pengarah Pendidikan Jabatan Pendidikan Negeri Sabah Datuk Jame Alip, pencapaian GPN SPM tahun 2015 adalah 5.66 berbanding dengan 5.57 pada tahun 2014 iaitu penurunan sebanyak 0.09.

“Walaubagaimanapun, bilangan calon yang lulus semua mata pelajaran menunjukkan peningkatan seramai 15,352 atau 48.44% pada tahun 2015 berbanding seramai 13,030 atau 40.47% pada tahun 2014 iaitu peningkatan sebanyak 7.97%,” katanya ketika majlis pengumuman keputusan SPM di SMKA Kota Kinabalu.

Tambah beliau, pada tahun ini seramai 142 orang calon berjaya dengan cemerlang memperoleh Gred A (A+, A, A-) dan peratus bilangan calon yang layak mendapat sijil adalah 86.81%.

Seramai 31,691 calon sekolah telah menduduki peperiksaan SPM pada tahun 2015 berbanding 32,197 calon pada tahun 2014 yang menunjukkan penurunan bilangan seramai 506 orang. –Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah.

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan