Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Pencalonan Tun M bukti Pakatan Harapan lemah

PRESIDEN Parti Harapan Rakyat Sabah (Harapan Rakyat), Datuk Lajim Ukin. – Foto Malai Rosmah Tuah

 

KOTA KINABALU: Tindakan mencalonkan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri jika Pakatan Harapan menang Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) menggambarkan kelemahan gabungan itu.

Presiden Parti Harapan Rakyat Sabah (Harapan Rakyat), Datuk Lajim Ukin, berkata Dr Mahathir sepatutnya bersara terus daripada politik kerana sudah pernah menjadi Perdana Menteri yang paling lama, selain usia yang sudah lanjut.

“Saya tidak faham, Tun Dr Mahathir sudah menyatakan untuk bersara dalam politik. Kalau dia sebagai penasihat atau apa saja jawatan (lain) pada saya masih boleh diterima.

“Tapi bila dia dicalonkan (semula) sebagai Perdana Menteri sedangkan dia pernah menjadi Perdana Menteri lebih 20 tahun dan sudah meninggalkan jawatan itu hampir 10 tahun, saya fikir ia suatu tindakan yang terdesak,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.

Lajim berkata, walaupun kedudukan itu hanya bersifat sementara sebelum diserahkan kepada pemimpin lain seperti Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, ia adalah pendekatan yang tidak wajar.

Beliau berkata, rakyat khususnya di Sabah bijak menilai apa yang berlaku dan keputusan sama ada mahu Tun Dr Mahathir dilantik semula sebagai Perdana Menteri atau tidak terletak sepenuhnya di tangan rakyat.

“Bagi saya, sama ada ia releven atau tidak, biar rakyat yang putuskan sama ada mereka boleh terima semula Tun Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri atau sebaliknya,” katanya.

Dalam hal berkaitan, Lajim berkata, negara akan menjadi tidak stabil jika berlaku pertukaran Perdana Menteri dalam tempoh singkat seperti yang diumumkan Pakatan Harapan dalam konvensyen gabungan berkenaan sebelum ini.

Katanya, keadaan itu dibuktikan dalam sistem penggiliran Ketua Menteri Sabah selama dua tahun yang pernah dilaksanakan sebelum ini.

“Kalau sistem penggiliran Ketua Menteri pun ada masalah, apa lagi Perdana Menteri sebuah negara,” katanya. – BH ONLINE

Komen


Berita Berkaitan