Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,795

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Pencabulan terhadap semua agama: Saudi

9:34am 15/11/2015 Pak Roshan 15 views Global
PASUKAN penyelamat membantu seorang mangsa yang cedera dalam serangan di dewan konsert di Bataclan, Paris, semalam.

PASUKAN penyelamat membantu seorang mangsa yang cedera dalam serangan di dewan konsert di Bataclan, Paris, semalam.

Vienna: Arab Saudi semalam menyifatkan serangan kejam di Paris sebagai pencabulan terhadap semua agama dan membuktikan perlunya usaha memerangi keganasan ditingkatkan.

“Saya bagi pihak kerajaan Saudi mengucapkan takziah kepada kerajaan dan rakyat Perancis berhubung serangan yang berlaku di Paris. Serangan itu adalah pencabulan dan bertentangan dengan semua etika, moral dan agama,” kata Menteri Luar Adel al-Jubeir kepada wartawan di Vienna.

Dia berada di Switzerland untuk menghadiri mesyuarat bagi menamatkan peperangan di Syria.

“Arab Saudi sudah sekian lama menggesa supaya masyarakat antarabangsa meningkatkan usaha memerangi semua bentuk keganasan,” katanya. – Reuters/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan