Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Penat bersiar-siar jadi alasan lakukan maksiat

khalwat

Kota Kinabalu: Seorang penuntut Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan kekasihnya antara lima pasangan yang ditahan dalam Ops Cegah Maksiat, di sebuah hotel murah, di Jalan Kampung Air, di sini, tengah malam tadi.

Dalam serbuan yang bermula 12 tengah malam itu, semua pasangan berusia 20 hingga 40 tahun di bawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu untuk siasatan lanjut.

Penolong Ketua Penguat Kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS), Khamis Jamil, berkata penuntut berusia 24 tahun itu ditahan selepas didapati bersama perempuan berusia 23 tahun di dalam bilik sebuah hotel murah di bandar raya ini.

Katanya, penuntut berkenaan mendakwa dia berseorangan tetapi apabila dan pemeriksaan dilakukan penguat kuasa JHEAIS ternampak seorang perempuan di atas katil ditutupi selimut.

Menurutnya, apabila ditanya penuntut itu memberitahu dia menyewa bilik berkenaan kerana terlalu penat bersiar-siar.

“Hasil pemeriksaan mendapati pasangan berkenaan tidak mempunyai ikatan suami isteri. Perempuan bersama penuntut itu bekerja di sebuah kedai di bandar raya ini. Pasangan itu kemudian di bawa ke IPD Kota kinabalu untuk tindakan lanjut.

“Dalam operasi yang sama, anggota penguat kuasa JHEAINS turut menahan empat lagi pasangan di beberapa hotel murah di bandar raya ini,” katanya ketika ditemui di lokasi, awal pagi tadi.

Menurutnya, semua mereka disiasat mengikut Seksyen 84 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Sabah 1995.

Komen


Berita Berkaitan