Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,652

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Penasihat KAPSA raikan kejayaan anggota SUPEN 2015

12:14pm 01/03/2016 Elezebeth Esther Onjining 30 views Sukan,Tempatan
Almain (dua dari kiri) menyampaikan cenderahati kepada Saidi (tiga dari kanan)

Almain (dua dari kiri) menyampaikan cenderahati kepada Saidi (tiga dari kanan)

KOTA KINABALU- Penasihat Kelab Anggota Jabatan Penerangan Negeri Sabah (KAPSA), Dato’ Mohd. Saidi Sariah meraikan kejayaan para atlet Jabatan Penerangan (JAPEN) Sabah yang menjadi johan keseluruhan Sukan Penerangan (SUPEN) Jabatan Penerangan Malaysia di Selangor pada Disember lepas.

Beliau yang juga Pengerusi merangkap Pengarah Urusan Empayar Emas Sdn. Bhd. turut mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua atlet yang terlibat.

Zon Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan telah memungut pingat emas dalam sukan Bola Jaring, Badminton, Bowling dan Dart. Turut dimenangi ialah kategori `Abang Sado’ dan `Kakak Sado’ dalam kategori Gusti Lengan yang menjadi acara kemuncak.

Selain itu, Saidi mencadangkan agar moto “Kapsa gemilang menuju wawasan 2020” diperkenalkan bagi memperkasa perjuangan KAPSA yang memberikan tumpuan kepada menjaga kebajikan ahli – ahlinya serta masyarakat yang memerlukan bantuan dari semasa ke semasa.

Bagi memantapkan lagi sumbangan KAPSA, beliau turut menyarankan agar kelab berkenaan mempunyai pejabat sendiri yang serba lengkap pada masa hadapan supaya dapat menggerakkan jentera pentadbiran dengan berkesan.

Sementara itu, Pengarah Penerangan Sabah selaku Pengerusi KAPSA, Datuk Haji Almain Ajirul merakamkan penghargaan kepada Saidi serta semua atlet terlibat yang sekaligus mengharumkan nama jabatan menerusi sukan yang menggabungkan Kontinjen Sabah dengan Wilayah Persekutuan Labuan.

“Majlis seumpama ini bukan sahaja untuk menghargai sumbangan para atlet kita malah boleh mengeratkan lagi hubungan silahturahim dalam kalangan anggota.

“Saya yakin dengan adanya penghargaan seumpama ini, para anggota Jabatan yang menjadi wakil dalam kejohanan sukan pada masa akan datang akan mempunyai kesungguhan yang lebih tinggi lagi untuk berusaha memacu kejayaan”, katanya ketika berucap, malam tadi.

Turut Hadir Timbalan Pengarah, Yunus Saprin, Penasihat KAPSA Bahagian Pedalaman Bawah, Amzah Sariah, Pengarah Penerangan Wilayah Persekutuan Labuan, Matteri Marusin dan para pegawai serta anggota jabatan tersebut.-SayangSabah

Saidi (tiga dari kanan) menyampaikan sijil penghargaan kepada Pengurus Pasukan Bowling, Iskandar Ismail (dua dari kiri) sambil diperhatikan Yunus (kanan sekali).

Saidi (tiga dari kanan) menyampaikan sijil penghargaan kepada Pengurus Pasukan Bowling, Iskandar Ismail (dua dari kiri) sambil diperhatikan Yunus (kanan hujung).

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan