Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Penarik kereta parah dibelasah lebih 10 lelaki

SALAH seorang dari penarik kereta parah selepas mangsa dibelasah sekumpulan 10 lelaki dengan menggunakan pedang samurai dan kerusi plastik dalam kejadian di sebuah restoran di Penampang Baru. – Foto ihsan pembaca

 

PENAMPANG: Dua penarik kereta parah akibat dibelasah sekumpulan lebih 10 lelaki menggunakan pedang samurai dan kerusi plastik dalam kejadian di sebuah restoran di Penampang Baru di sini, awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi itu, kedua-dua mangsa lelaki berusia 29 dan 31 tahun yang luka di kepala dan lebam di bahagian badan kini menerima rawatan di Hospital Queen Elizabeth 1 (HQE 1).

Ketua Polis Daerah Penampang, Deputi Superintendan Mohd Haris Ibrahim, berkata ketika kejadian kedua-dua mangsa yang bekerja sebagai penarik kereta sedang makan dengan seorang lagi rakan mereka di sebuah restoran bersebelahan dengan sebuah pusat hiburan, di Penampang Baru.

“Ketika sedang makan, mereka didatangi oleh sekumpulan lebih 10 lelaki lalu berlaku pertengkaran sebelum tercetus pergaduhan.

“Salah seorang mangsa dipukul beramai-ramai menggunakan kerusi plastik dan seorang lagi mangsa ditetak di kepala menggunakan sebilah pedang samurai,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Beliau berkata, akibat kejadian itu, kedua-dua mangsa terbaring dalam keadaan berlumuran darah.

“Selepas kejadian, semua suspek yang memukul kedua-dua mangsa terus melarikan diri manakala mangsa di bawa ke HQE 1 untuk rawatan lanjut.

“Siasatan masih diteruskan bagi mengesan semua 11 suspek termasuk ketua mereka dan punca kejadian belum dapat dipastikan kerana mangsa masih belum sedarkan diri. Kes disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh,” katanya. – Oleh Junaidi Ladjana/BH Online

Foto Ihsan Pembaca

Komen


Berita Berkaitan