Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Penangguhan Pemilihan UMNO Beri Ruang Setiap Bahagian Diperkukuh

jailani

HULU TERENGGANU – Penangguhan pemilihan UMNO dijangka mampu memberi peluang kepada setiap bahagian parti itu diperkukuh dan diperkasakan, kata Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Terengganu, Datuk Jailani Johari.

Jailani yang juga Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia serta merangkap Ketua Bahagian UMNO Hulu Terengganu berkata beliau menyokong kenyataan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Jumaat bagi menangguhkan pemilihan UMNO yang dijadualkan pada tahun depan selama 18 bulan.

“Saya menyokong kenyataan yang dikeluarkan oleh presiden, kerana dengan adanya penangguhan tersebut, ia membolehkan setiap bahagian sekurang kurangnya dapat diperkasakan dengan lebih jitu.

“Kami tahu gerak kerja perlu disegerakan bagi menyiapkan diri untuk kami menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 akan datang,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Program Ihya Ramadan Peringkat Parlimen Hulu Terengganu anjuran Unit Seranta Felda di sini hari ini.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains Teknologi dan Tugas-Tugas Khas negeri, Ghazali Taib dan Pengurus Besar Felda Wilayah Terengganu, Mohd Helmi Fakhzan Abdul Wahab.

Pada majlis yang dihadiri lebih 150 warga Felda tersebut, Jailani turut menyampaikan sumbangan berupa wang kepada 25 kanak-kanak Orang Kurang Upaya (OKU). – BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan