Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Penangguhan memberi peluang bersatu padu

Musa (tiga dari kiri) ketika menyampaikan bantuan kepada warga tua di Pulau Nunuyan pada Selasa.
Musa (tiga dari kiri) ketika menyampaikan bantuan kepada warga tua di Pulau Nunuyan .

SANDAKAN: Penangguhan pemilihan Umno memberi peluang kepada para pemimpin untuk menumpukan gerak kerja bagi menyatu-padukan ahli-ahli.

Ketua Menteri yang juga Ketua Badan Perhubungan Umno Sabah, Datuk Seri Musa Haji Aman berkata, pemilihan boleh dibuat pada bila-bila masa sahaja asalkan parti itu kuat dan mantap.

“Yang penting, parti perlu terus kuat dan mantap. Apabila kita bersatu-padu dan kuat, kita boleh adakan mesyuarat bila-bila sahaja. Umno Sabah bersetuju untuk menangguhkan pemilihan berkenaan pada ketika ini,” katanya ketika diminta mengulas mengenai cadangan penangguhan pemilihan Umno selama 18 bulan. Beliau ditemui pemberita selepas menyempurnakan penyerahan sumbangan sempena Ramadhan kepada seramai 987 penerima di Pulau Nunuyan di Sandakan.

Mengenai program itu, Musa yang juga Wakil Rakyat Sungai Sibuga berkata ia merupakan tradisi tahunan pihaknya dalam bulan puasa untuk turun padang berjumpa sekaligus menyampaikan sumbangan kepada mereka yang memerlukan.

Beliau juga mengajak umat Islam agar memperbanyak amalan dan ibadah selain mengelak perpecahan dan sengketa antara satu sama lain.

 

Hadir sama, Ahli Parlimen Libaran, Datuk Juslie Ajirol, Wakil Rakyat Gum-Gum, Datuk Zakaria Haji Mohd Edris dan Wakil Rakyat Sekong, Datuk Samsudin Yahya.- AA/Sayangsabah

 

Komen


Berita Berkaitan