Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,701

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Penanaman Pokok ‘Pidada’ Dan ‘Api-api’ Di Bongawan Perlu Diperkasa

7:25pm 04/11/2015 Pak Roshan 54 views Kota Kinabalu,Mutakhir,Tempatan

pidada

BONGAWAN : Penanaman semula pokok Pidada dan Api-Api yang merupakan sumber makanan utama spesies monyet Belanda di kawasan paya bakau di sepanjang Sungai Bongawan di sini perlu diperkasakan bagi memastikan spesies pokok itu tidak pupus.

Anggota Dewan Udangan Negeri (Adun) Bongawan Datuk Mohamad Alamin berkata, penanaman semula spesies pokok berkenaan secara langsung akan dapat membantu kelangsungan hidup spesies monyet berkenaan.

Monyet Belanda dikatakan hanya terdapat di kepulauan Borneo, dan kawasan sekitar Sungai Bongawan adalah habitatnya.

“Monyet Belanda memerlukan tumbuhan ini untuk makan, berteduh dan bermain,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Selamatkan Ikon Borneo dan Pelancaran Pelan Lokaliti, Program Diploma Pascasiszawah Pengurusan Awam(DPA), Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) di sini hari ini.

Beliau berkata monyet Belanda atau dikenali sebagai ‘bekantan’ di kalangan penduduk Bongawan merupakan antara ikon tarikan pelancongan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bongawan selain ‘kelip-kelip’ yang dapat dilihat pada waktu malam.

Tarikan lain ialah perusahaan inap desa serta makanan tradisi masyarakat tempatan iaitu Melayu-Brunei.

Sejak tahun 2000, monyet Belanda disenarai sebagai antara haiwan yang terancam dalam Senarai Merah Kesatuan Antarabangsa untuk Pemuliharan Alam Semula Jadi.

Sementara itu, Perunding Latihan Kanan Sub kluster Pembangunan Modal Insan INTAN, Mohd Saufi Halim berkata dalam aktiviti penanaman pokok itu, sebanyak 109 batang pokok Api-Api dan pokok Pidada telah ditanam ditapak semaian sebelum dipindahkan ke habitat asalnya dalam tempoh enam hingga tujuh bulan.

Dalam pada itu, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Seri Serbang, Jeffrey Hossil berkata, pihaknya menyambut baik aktiviti penanaman semula spesies pokok berkenaan.

— BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan