Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Penanam lada hitam sertai kursus di Kuching

 

Rombongan penanam lada hitam bersama Ewon Benenick (berdiri, baju putih).
Rombongan penanam lada hitam bersama Ewon Benenick (berdiri, baju putih).

KOTA BELUD: Seramai 40 orang penanam lada hitam dari kawasan Kadamaian, Kota Belud berlepas ke Sarawak hari ini untuk menyertai Kursus Penanam Lada Hitam/Teknologi Pengeluaran Lada untuk Pekebun-Pekebun Kecil selama 4 hari di Kuching, Sarawak.

Rombongan penanam lada hitam itu diketuai oleh Setiausaha Politik Kementerian Pertanian dan Industri Makanan Sabah,  Ewon Benenick.

Kursus itu dianjurkan oleh Lembaga Lada Malaysia khusus sempena lawatan Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Yahya Hussin yang akan menutup kursus itu.- Sayangsabah.

 

Komen


Berita Berkaitan