Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,728

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Penampilan bukan penentu peribadi

12:03pm 06/08/2016 Pak Roshan 3331 views Mutakhir,Rencana
SEKUMPULAN skinhead bantu gelandangan di Sabah jadi viral.

SEKUMPULAN skinhead bantu gelandangan di Sabah jadi viral.

Sebut saja ‘skinhead’ pasti terlintas di fikiran anda golongan berambut botak dengan fesyen seluar denim ketat, jaket dan juga kasut but pelbagai warna.

Komuniti yang mempunyai pengikut dalam kalangan remaja itu juga sinonim sebagai kutu rayau dan sering dikaitkan gejala sosial seperti gengsterisme, penyalahgunaan dadah, seks bebas dan pengambilan minuman beralkohol malah pernah dilabel sebagai budaya kuning satu ketika dulu.

Namun, tidak adil rasanya jika pengikut budaya itu terus dikecam hanya kerana berpenampilan begitu di khalayak kerana ada antara mereka yang turut aktif dengan aktiviti kemasyarakatan.

Baru-baru ini, gambar sekumpulan skinhead dipercayai berasal dari Sabah membantu golongan gelandangan di kaki lima menjadi viral di media sosial.

Penyebaran gambar itu mendapat pelbagai maklum balas dan rata-rata netizen memuji inisiatif kumpulan berkenaan dalam membantu golongan kurang bernasib baik.

Ini bermakna penampilan bukan penentu keperibadian seseorang. Jangan mudah menilai dan menjatuhkan hukuman.

Komen Gen Y

“Nilai murni yang mereka lakukan wajar dicontohi masyarakat khususnya remaja kerana membantu orang susah sememangnya dituntut dalam Islam.

“Seelok-eloknya, berikan sokongan kepada mereka dan jangan sesekali pandang serong terhadap golongan berkenaan,” katanya. – Siti Sarah Mohamed, 27, Eksekutif Pentadbiran

“Kita tidak boleh menilai orang berdasarkan penampilan semata-mata kerana siapa tahu mereka itu lebih baik perilakunya.

“Kumpulan skinhead yang viral itu adalah contoh terbaik dan diharap apa dilakukan menjadi ikutan remaja lain,” katanya. – Aiman Syazwan Roslan, 27, Eksekutif Komunikasi Korporat

“Mereka sama saja dengan orang lain cuma gaya dan pakaian saja yang berbeza.

“Jadi, usaha itu wajar diberi pujian malah mereka sebenarnya lebih baik daripada yang berkemampuan tetapi tidak menghulurkan bantuan,” katanya. – Ady Soffian Ariffin, 27, Telejualan –  myMetro Online

SKINHEAD berasal dari United Kingdom pada era 60-an.

SKINHEAD berasal dari United Kingdom pada era 60-an.

SEKUMPULAN skinhead bantu gelandangan di Sabah jadi viral.

SEKUMPULAN skinhead bantu gelandangan di Sabah jadi viral.

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan