Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Penampang juara Kejohanan Tinju Piala Mayor DBKK

TINJU... Dua peserta tinju saling beradu kekuatan semasa kejohanan tinju Piala Mayor DBKK berlangsung.
TINJU… Dua peserta tinju saling beradu kekuatan semasa kejohanan tinju Piala Mayor DBKK berlangsung.

KOTA KINABALU – Wakil peninju dari Penampang muncul sebagai juara keseluruhan Kejohanan Tinju Piala Mayor Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) sekaligus membawa pulang piala pusingan berserta hadiah lain.

Pasukan Penampang yang diwakili empat peninju muncul juara setelah berjaya mengumpul sebanyak 21 mata pada hari terakhir kejohanan itu berlangsung di Dewan Masyarakat di sini hari ini.

Dalam kejohanan itu, Mohd Noorhisham berjaya menumpaskan Faez Akmal Jeffrey dari Tuaran, berdasarkan kiraan mata dalam kategori 69 kilogram.

Nasib malang yang menimpa peninju Tuaran berlarutan sehingga ke perlawanan peninju mereka terakhir, Harold Jormeo Untal yang tewas kepada Marcel Aegidus dalam pertandingan kategori 75 kilogram, sekaligus mengesahkan kedudukan Penampang sebagai juara keseluruhan kejohanan.

Piala kejuaraan disampaikan oleh Mayor DBKK, Datuk Abidin Madingkir yang juga  Penaung Persatuan Tinju Negeri Sabah. – oleh Sukri Sarin / sayangsabah

Komen


Berita Berkaitan