Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,653

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Penambahbaikan Dan Perubahan Diteruskan Di Labuan – Najib

10:35am 07/02/2016 Pak Roshan 240 views Berita Pilihan,Mutakhir,Nasional
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bersalaman dengan warga Labuan selepas menyampaikan ucapan sempena Sambutan Hari Wilayah Persekutuan di Dataran Labuan malam tadi. - Foto BERNAMA

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bersalaman dengan warga Labuan selepas menyampaikan ucapan sempena Sambutan Hari Wilayah Persekutuan di Dataran Labuan malam tadi. – Foto BERNAMA

LABUAN – Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan di bawah pimpinan Barisan Nasional (BN) sentiasa memandang berat terhadap pembangunan Labuan dan akan terus melakukan penambahbaikan dan perubahannya.

Perdana Menteri berkata walaupun wajah Labuan, pulau bebas cukai ini sekarang bertukar menarik dan dinamik berbanding dahulu, namun usaha itu perlu diteruskan bagi memastikan ia terus membangun dan penduduknya dapat menikmati keselesaan hidup.

“Pelawat ke Pulau Labuan terus bertambah. Pada tahun 2010, jumlah pelawat ke Labuan sekitar 700,000 sahaja tetapi telah meningkat kepada lebih satu juta pada tahun 2014,” kata Najib.

Perdana Menteri berucap pada majlis Malam Sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2016 di sini malam ini.

Hadir pada majlis itu isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor; Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor; dan Anggota Parlimen Labuan yang juga Pengerusi Perbadanan Labuan Datuk Rozman Isli.

Najib bagaimanapun berkata, masalah kejatuhan harga minyak di pasaran global yang di luar kawalan kerajaan telah menjejas kehidupan rakyat negara ini termasuk penduduk Labuan sehingga ada diberhentikan kerja.

Inisiatif mempelbagaikan sumber ekonomi diperlukan bagi menghadapi suasana ini.

“Saya ingin melihat industri pelancongan diberi suntikan melalui perancangan dan pelaksanaan yang lebih teratur disambut oleh sektor swasta untuk menambah produk pelancongan di Labuan.

Umpamanya, di Labuan ini banyak pulau indah seperti Pulau Papan, Pulau Burung, Pulau Rusukan Kecil dan Pulau Rusukan Besar yang boleh dijadikan sebagai produk pelancongan, untuk menarik lebih ramai pelancong dari luar,” katanya.

Menurut Najib langkah lain yang boleh diambil ialah meyakinkan pihak institusi pengajian tinggi swasta dan awam untuk membuka cawangan mereka di Labuan dalam usaha meningkatkan ekonomi tempatan.

Pada majlis berkenaan Najib turut mengumumkan beberapa langkah meringankan beban peniaga di Labuan termasuk mengurangkan kadar sewa premis di tingkat satu dan dua Pasar Sentral Labuan daripada RM360 kepada RM100 sebulan sehingga 31 Jun 2016.

Kadar sewa meja pasar ikan dan sayur di bahagian bawah pasar itu pula diturunkan daripada RM30 kepada RM15 sebulan sehingga 31 Jun 2016.

Ini di samaping pemberian geran masing-masing RM10,000 kepada Persatuan Peniaga Kecil 1Malaysia, Persatuan Peniaga Kecil Harmoni Labuan, dan Persatuan Peniaga Kecil Pasar Sentral Labuan.

“Sebagai langkah untuk menjaga kebajikan penduduk Labuan, kerajaan komited untuk bangunkan 3,062 unit rumah mampu milik di tiga lokasi di Labuan.

“Saya berharap tindakan selanjutnya akan dilakukan agar projek ini dapat disiapkan dalam masa tidak berapa lama lagi,” katanya. – BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan