Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,680

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Penambahan kerusi bantu wakil rakyat lebih fokus

4:25pm 24/08/2016 Leolerry Lajius 543 views Kota Kinabalu,Politik,Tempatan
 KENANGAN... Tun Juhar (tiga dari kanan) bergambar bersama  Syed Abbas dan rombongan.-Penerangan

KENANGAN… Tun Juhar (tiga dari kanan) bergambar bersama Syed Abbas dan rombongan.-Penerangan

KOTA KINABALU: Penambahan 13 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) akan membantu wakil rakyat lebih fokus untuk menjaga kawasan masing-masing.

Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah, Datuk Syed Abbas Syed Ali berkata, pada sebelum ini wakil rakyat perlu menjaga kawasan-kawasan yang besar.

“Penambahan kerusi ini akan membantu dan memudahkan wakil rakyat menjalankan tanggungjawab mereka dalam menjaga kawasan masing-masing.

“Penambahan kerusi ini merupakan suatu sejarah kepada Sabah kerana ia telah lama dicadangkan iaitu pada tahun 2003.

“Jika dibandingkan dengan Sarawak yang mempunyai tambahan kepada 82 kerusi pada pilihan raya lalu, Sabah masih jauh ketinggalan.

“Kita berharap akan ada lebih banyak tambahan kerusi pada masa akan datang,” katanya.

Syed Abbas turut memaklumkan, cadangan kerusi baharu itu akan diserahkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya.

Beliau ditemui selepas membuat kunjungan hormat terhadap Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Datuk Seri Panglima Dr Haji Juhar Datuk Haji Mahiruddin untuk menyampaikan gazet dan lima rang undang-undang di Istana Negeri pagi tadi.

Gazet dan lima rang undang-undang tersebut adalah Enakmen Perlembagaan Negeri Sabah (Pindaan) 2016; Enakmen Dewan Undangan (Ahli-Ahli Dipilih) (Pindaan) 2016; Enakmen Fi Lesen Tukang Paip, Lesen Tukang Pasang Sesalur dan Penyambungan Semula (Pengesahan) 2016; Enakmen Kumpulan Wang Perusahaan Penanaman Semula Getah (Pindaan) 2016; Enakmen Pemeliharaan Hidupan Liar (Pindaan) 2016./PENERANGAN-

Tun Juhar (kanan) mendengar taklimat daripada Syed Abbas (kiri). -Penerangan

Tun Juhar (kanan) mendengar taklimat daripada Syed Abbas (kiri). -Penerangan

 

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan