Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

PENAMATAN PERLANTIKAN SAM MANNAN IKUT UNDANG-UNDANG

Shafie (tengah) mempengerusikan mesyuarat kabinet di PPNS hari ini. Gambar SNT/Ehsan JKM

KOTA KINABALU: Penamatan perlantikan Datuk Sam Mannan sebagai Pengarah Perhutanan Negeri telah dilakukan secara sah mengikut undang-undang, kata Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

“Keputusan telah dibuat untuk mendapatkan orang baru maka itu surat (notis) telah dikeluarkan kepadanya, tetapi saya tidak boleh mengatakan bahawa ia berkaitan dengan perkara ini,” katanya ketika ditanya sama ada penamatan berkenaan ada kaitan dengan siasatan oleh pihak berkuasa terhadap aktiviti pembalakan haram di negeri ini.

Dia juga tidak tahu sama ada Sam Mannan sedang disiasat dalam hal itu.

“Biarkan badan penyiasat melakukan tugas mereka,” katanya ketika ditemui setelah mempengerusikan mesyuarat Kabinet di PPNS dekat sini, Rabu.

Shafie berkata mengikut undang-undang, setiap pegawai kontrak akan diberi notis yang secukupnya untuk memastikan terma mereka telah berakhir.

Dilaporkan bahawa Sam Mannan diberi notis tiga bulan mulai 1 Ogos untuk penamatan kontraknya. -SabahNewToday

Komen


Berita Berkaitan