Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,736

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Penamaan calon untuk pilihanraya JKKK dan JKDB bagi N.19 dan N.20 dibuka

10:58am 06/02/2016 Leolerry Lajius 243 views Tempatan
Anggota ahli jawatankuasa N19 Pemilihan pengerusi JKKK

Anggota ahli jawatankuasa N19 Pemilihan pengerusi JKKK

KOTA KINABALU: Orang ramai yang berminat untuk menjadi calon bagi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) serta Jawatankuasa Kesejahteraan Dalam Bandar (JKDB) kini boleh mengambil borang permohonan calon di Pejabat Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) Kepayan dan Moyog.

Tarikh tutup  penamaan calon untuk pilihanraya JKKK dan JKDB bagi N.19 dan N.20 ini adalah pada 22 Februari dan prosedur pilihanraya ini akan diawasi oleh Majlis Daerah Penampang.

PPM Kepayan Liao Su Sang merupakan penyelia bagi kawasan N 19 iaitu sebanyak 10 JKKK dan 5 JKDB, manaka PPM Moyog ialah William Sampil bagi kawasan N 20 Moyog sebanyak 42 JKKK.

Antara kelayakan dan syarat-syarat bertanding jawatan pengerusi JKKK dan JKDB adalah calon mesti berumur 21 tahun ke atas dan warganegara Malaysia, boleh membaca dan menulis, tiada rekod jenayah dan tidak diistiharkan muflis serta calon mestilah penduduk tetap di kampung tersebut.

Proses pencalonan akan dikendalikan oleh Ketua Kampung / Kapitan KMC bermula pada 22hb hingga 27hb Febuari  ( 6 Hari ) manakala proses pengundian akan bermula pada 1 hingga 26 Mac yang akan  dikendalikan oleh Pejabat UPPM Kapayan.-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan