Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Penahanan lapan penjawat awam melalui WhatsApp, palsu

 

TAWAU – Maklumat yang tersebar meluas dalam laman sosial WhatsApp kononnya terdapat lapan penjawat awam di daerah ini ditahan kerana menyebarkan gambar pemimpin negara yang telah diedit adalah palsu.

Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Awang Besar Dullah berkata, maklumat berkenaan adalah tidak betul dan tidak ada sebarang penahanan dilakukan pihaknya seperti yang disebarkan dalam aplikasi sosial itu.

Maklumat itu menyatakan setiap nombor telefon bimbit baharu dan lama secara automatik diimbas oleh pihak Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) bagi memantau status yang melibatkan pemimpin negara yang telah diedit.

Malah kononnya, perbuatan itu akan didakwa di bawah Akta Media dan Cetak dengan kes terbaharu dua anggota polis Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau, empat guru di daerah ini dan Lahad Datu serta dua kakitangan hospital telah ditahan mengikut akta itu. – oleh Masani Sandan / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan