Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Penahanan Kontena Di Pelabuhan Sepanggar, Tiada Niat Susahkan Pengimport, Peniaga – Kastam Sabah

Datuk Dr Janathan Kandok
Datuk Dr Janathan Kandok

KOTA KINABALU : Penahanan beberapa kontena di Pelabuhan Sepanggar pada Ogos lalu adalah untuk pemeriksaan dan bukan bertujuan menyusahkan pengimport atau peniaga, kata Pengarah Kastam Sabah Datuk Dr Janathan Kandok.

Katanya penahanan sementara kontena berkenaan dibuat kerana kontena itu disyaki melanggar Akta dan Peraturan Kastam.

“Hasil pemeriksaan didapati 90 peratus kontena tersebut mengandungi barangan yang memerlukan permit import yang gagal dikemukakan oleh pengimport. Kontena tersebut diperiksa oleh Kastam dalam tempoh yang munasabah.

“Kontena yang diperiksa dan tidak melanggar sebarang kesalahan, dilepaskan serta-merta selepas proses perkastaman selesai,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Janathan berkata demikian sebagai mengulas kenyataan seorang pemimpin sebuah parti politik mengenai penahanan kontena berkenaan yang disiarkan akhbar tempatan hari ini.

Menurut Janathan semakan atas dokumen kontena yang diperiksa mendapati kontena yang tidak melakukan kesalahan tidak mengandungi ‘perishable goods’ atau mudah rosak.

Katanya pihaknya juga tidak menerima aduan atau rungutan daripada pengimport yang mengatakan kontena yang ditahan mengandungi barangan mudah rosak.

Mengikut prosedur kastam, barangan mudah rosak akan diberikan pelepasan perkastaman dengan segera untuk mengelakkan kerosakan barangan tersebut, kata Janathan.

— BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan