Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Penahanan aktivis SSKM wajar: Pairin

Pairin Kitingan (tengah) bersama rombongan bergambar kenangan sebelum melawat premis-premis perniagaan di sekitar Pekan Keningau. - foto Kalawon Sawing
Pairin Kitingan (tengah) bersama rombongan bergambar kenangan sebelum melawat premis-premis perniagaan di sekitar Pekan Keningau. – foto Kalawon Sawing

KENINGAU – Tindakan menahan sembilan aktivis yang dipercayai ada kaitan dengan kumpulan Sabah Sarawak Keluar Malaysia (SSKM) di Tuaran dan lima di Lahad Datu oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) baru-baru ini adalah wajar dan mengikut undang-undang.

Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan berkata, perbuatan SSKM itu bukan dianggap jalan penyelesaian, sebaliknya ia lebih mengundang sentimen tidak sihat dalam kalangan rakyat.

“Sesiapa juga yang melakukan kesalahan tidak terkecuali daripada dikenakan undang-undang. Ini memandangkan, tindakan mereka itu boleh menggugat keamanan dan keselamatan di negara ini.

“Selain itu, tindakan tersebut bukanlah mewakili suara rakyat Sabah keseluruhannya tetapi hanya segelintir sahaja yang mengikuti mereka” katanya ketika ditemui semasa program `walk about’ sempena Tahun Baru Cina 2015 di sekitar pekan ini, semalam.

Pairin yang juga Menteri Pembangunan Infrastruktur negeri berkata, tindakan SSKM ini bukanlah satu penyelasaian kepada masalah sesebuah negara tetapi ia lebih kepada emosi dan menghasut rakyat.

Ahli Parlimen Keningau itu menjelaskan, masalah yang berlaku dalam negara hendaklah dibincang demi kebaikan bersama kerana negara mempunyai rakyat berbilang kaum dan agama yang perlu dihormati.

Katanya, undang-undang juga tetap dijalankan oleh pihak berkuasa tanpa mengira pangkat dan kedudukan seseorang itu sama ada dalam kerajaan atau tidak, sekiranya ia melakukan kesalahan atau menyalahgunakan kuasa tindakan tergas terhadap mereka tetap diambil. – oleh Kalawon Sawing / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan