Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Penagih dikhuatiri makan abu mayat

Gambar Hiasan
Gambar Hiasan

Brockton (Amerika Syarikat): Seorang wanita yang abu mayat ibunya dicuri dari keretanya bimbang seorang penagih mencuri dan memakannya kerana menyangka ia dadah.

Carolyn Parker memberitahu akhbar The Enterprise of Brockton, abu itu berada di dalam beg plastik yang dimasukkan ke dalam kotak kecil putih dan diletakkan di dalam kereta.

Abu itu dicuri dari keretanya awal semalam.

Menurut Carolyn, pencuri itu hanya mengambil abu berkenaan dan tidak mengusik barangan berharga lain, termasuk cermin mata berjenama, wang syiling dan rantai emas.

Ibunya mati Julai lalu pada usia 71 tahun dan Carolyn membawa abu itu di dalam kenderaannya untuk menaburkannya di tempat kegemaran mendiang.

“Agak menyeramkan apabila saya terbayang ada orang yang memakan abu itu,” katanya.

Dia meminta pencuri terbabit menyerahkan semula abu itu dan berjanji tidak akan mengambil sebarang tindakan terhadapnya. – Agensi/HMetro

Komen


Berita Berkaitan