Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,653

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Pemulihan Dalam Komuniti bakal dibina di Tanjung Aru

5:38pm 04/12/2015 Leolerry Lajius 35 views Berita Pilihan,Kota Kinabalu,Tempatan

KOTA KINABALU: Kerajaan telah membelanjakan sebanyak RM6,527,690 juta setahun kepada 31 buah Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) di negeri ini yang disalurkan melalui Jabatan Perkhidmatan Am Sabah.

Menurut Penolong Pengarah Bahagian Jabatan Kebajikan Bahagian Kota Kinabalu Ahmad [email protected] Selabin, di bahagian Kota Kinabalu terdapat dua buah PDK yang aktif dan mempunyai seramai 145 orang pelatih dan sembilan orang petugas.

“Sebuah lagi PDK akan dibina di Tanjung Aru tetapi masih menunggu kelulusan geran tahunan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia dan sebagai perancangan masa hadapan sebuah lagi PDK akan dibina di Inanam, “katanya.

Tambah beliau, setakat ini kesemua 145 orang pelatih menerima elaun khas PDK sebanyak RM1,800 setahun.

Beliau berkata demikian ketika membacakan teks ucapan Yang Dipertua Badan Amal dan Kebajikan Isteri Wakil-wakil Rakyat Sabah (BAKISA) Datin Seri Panglima Datuk Hajah Faridah Haji Tusin ketika majlis menyambut krismas dan penyerahan elaun PDK di bangunan PDK Taman Likas Jaya pagi tadi.

BAKISA juga turut memberikan sumbangan sebanyak RM5,000 kepada PDK dalam majlis tersebut.-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah.

Datin Faridah bergambar bersama pelatih dan petugas PDK-Gambar Oleh Alexion Mairin

Datin Faridah bergambar bersama pelatih dan petugas PDK-Gambar Oleh Alexion Mairin

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan