Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Pemuda UMNO mahu pemegang FB ugut KM ditangkap

Ir.Shahelmey Yahya (tujuh dari kiri) bersama Ketua-Ketua Pemuda UMNO Sabah membuat menunjukkan laporan polis yang dibuat terhadap Jo Nandu.
Ir.Shahelmey Yahya (tujuh dari kiri) bersama Ketua-Ketua Pemuda UMNO Sabah membuat menunjukkan laporan polis yang dibuat terhadap Jo Nandu.

KOTA KINABALU: Pergerakan Pemuda UMNO Sabah hari ini membuat laporan polis terhadap pemegang akaun facebook bernama Jo Nandu berhubung tulisan dan postingnya yang mengugut  dan mengancam Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman dan keluarganya.

Laporan itu dibuat oleh 12 Ketua Pemuda UMNO Bahagian-Bahagian diketuai oleh Naib Ketua Pemuda UMNO Negeri, Ir.Shahelmey Yahya di Balai Polis Karamunsing.

Ketua-Ketua Pemuda UMNO Bahagian-Bahagian tersebut ialah Kota Kinabalu,Putatan, Penampang, Kota Marudu,Kota Belud, Tuaran, Beaufort, Ranau, Kudat, Kalabakan, Sandakan dan Beluran.

Dalam laporan itu, Pemuda UMNO Sabah mahu pihak Polis menangkap dan menyasat pemegang akaun FB itu yang menyatakan Musa sebagai pemimpin “puppet” dan hamba kepada PutraJaya.

Jo Nandu juga menyatakan dalam FB “I hope soon, this man dies in tragic car accident and his famiy burns to death with him”.

Bercakap kepada pemberita di luar balai polis Karamunsing, Ir.Shahelmey berkata, Pemuda UMNO Sabah memandang serius posting FB yang berupa ancaman dan ugutan keselamatan kepada Ketua Menteri Sabah.

“Justeru, Pemuda UMNO Sabah mahu pihak keselamatan terutama Polis menyiasat dan menangkap pemegang akaun FB tersebut dengan segera kerana telah menghina, mengancam dan mengugut pemimpin utama negeri Sabah”, tegasnya.- Sayangsabah

photo_2015-04-16_11-32-38

Komen


Berita Berkaitan