Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,655

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Pemuda Umno Tenom lulus usul pemohonan dirikan cawangan universiti/ kolej di kawasan pendalaman

7:29pm 15/08/2016 Elezebeth Esther Onjining 79 views Tempatan
SEMANGAT... Anwar bersama Ruben, Raime, Jamawi dan Norhazrillah serta barisan kepimpinan Pergerakan Pemuda dan Puteri Umno bahagian Tenom menyanyikan lagu “Bersatu  Bersetia Berkhidmat” semasa majlis perasmian mesyuarat perwakilan tersebut

SEMANGAT… Annuar bersama Ruben, Raime, Jamawi dan Norhazrillah serta barisan kepimpinan Pergerakan Pemuda dan Puteri Umno bahagian Tenom menyanyikan lagu “Bersatu Bersetia Berkhidmat” semasa majlis perasmian mesyuarat perwakilan tersebut.

TENOM- Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Tenom meluluskan usul bagi meminta kerajaan mendirikan sebuah Universiti atau kolej kemahiran di bawah Institut Pendidikan Mara (IPMA) di kawasan pendalaman.

Ketua Pergerakan Pemuda Umno bahagian Tenom Jamawi Jaafar berkata, terdapat keperluan bagi mewujudkan universiti mahupun kolej kemahiran di kawasan tersebut untuk memberikan peluang kepada golongan muda menimba pengetahuan dalam bidang kemahiran dalam pelabagi bidang teknikal dan kemahiran bagi melayakkan mereka berkhidmat dalam sektor perdagangan, perusahaan dan perindustrian.

“Dengan adanya cawangan Unversiti atau Kolej kemahiran di kawasan ini, golongan belia khususnya mereka yang gagal melanjutkan ke institusi pengajian tinggi (IPT) masih boleh membina kerjaya melalui kolej yang menawarkan latihan kemahiran.

“Mereka juga tidak perlu risau untuk mengikuti pengajian dalam bidang kemahiran di kolej- kolej kemahiran yang terletak jauh di kawasan bandar” katanya ketika berucap di perasmian mesyuarat Perwakilan Pergerakan Pemuda dan Puteri Umno bahagian Tenom di dewan masyarakat Datuk Seri Panglima Antanom, kelmarin.

Majlis perasmian mesyuarat perwakilan tersebut disempurnakan oleh Ketua Penerangan Umno Tan Sri Annuar Musa. Hadir sama, Ketua Umno Bahagian Datuk Ruben Balang, Timbalannya, Datuk Raime Unggi, Naib Ketua Bahagian dan Ketua Pergerakan Puteri Umno bahagian Tenom, Norhazrillah Latif.

Dalam masa sama, Pergerakan Pemuda Umno bahagian Tenom turut meluluskan usul untuk mempertahankan institusi presiden parti kerana ianya merupakan teras kepada kekuatan dalam menghadapi pelbagai cabaran dari pihak pihak yang cuba menghancurkanya

Sambil mengibaratkan parti umpama sepohon kayu, Jamawi berkata presiden merupakan teras utamanya dan ahli-ahli parti merupakan akar yang akan menentukan kekuatanya di peringkat akar umbi, sehubungan dengan itu katanya setiap ahli Umno perlu setia kepada parti dan tidak terpengaruh dengan usaha pelabagi pihak terutamanya campur tangan kuasa asing samaada melalui media dalam urus takbir negara.

“ Ini negara kita yang berdaulat, kepimpinan parti dibuat berdasarkan suara demokrasi ahli parti dan rakyat, ,tidak perlu mana mana pihak mencampuri urusan pentadbiran negara dan parti” tegas Jamawi. -SayangSabah

 

 

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan