Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Pemuda UMNO Sepanggar Fail Laporan Polis terhadap Nurul Izzah

Pemuda Bahagian Media UMNO, Shyazreen Azri memegang laporan polis terhadap Nurul Izzah
Pemuda Bahagian Media UMNO, Shyazreen Azri memegang laporan polis terhadap Nurul Izzah. Foto oleh Alex Mairin/sayangsabah

KOTA KINABALU: Pemuda Bahagian Media UMNO Sepanggar, Shyazreen Asri telah membuat satu laporan polis terhadap Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar.

Katanya, perbuatan Nurul Izzah bergambar mesra bersama anak kepada pengganas Sulu sambil memegang sepanduk “Bebaskan Anwar” merupakan satu perbuatan yang sanggup membelakangi sensitiviti penduduk pantai timur Sabah dan keluarga mangsa perjuangan negara yang terkorban.

“Tindakan ini seolah-olah mencabul undang-undang dan keselamatan negara sehingga menimbulkan pelbagai reaksi negatif orang ramai, entiti keselamatan negara dan pihak berkuasa”, katanya.

Shyazreen berkata demikian semasa membuat laporan polis di IPD Kota Kinabalu, hari ini (jumaat).

Menurut beliau lagi, sesi bergambar tersebut mempunyai elemen untuk mendapatkan sokongan daripada organisasi pertubuhan pengganas yang terbukti ada kesalahan jenayah berat bagi membebaskan Dato’ Seri Anwar Ibrahim dari penjara.

“Perbuatannnya itu menunjukkan seperti beliau terdesak untuk membebaskan ayahnya, Dato’ Seri Anwar Ibrahim dari penjara”, tambahan beliau.

Disamping itu, beliau juga menyokong usul khas yang dicadangkan dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) yang menyatakan Nurul Izzah dan Tian Chua diharamkan datang ke Sabah

“Tindakan tersebut amat sesuai kerana mereka berdua terutamanya Nurul Izzah yang tidak mempedulikan rakyat Sabah yang masih trauma dengan serangan daripada kumpulan pengganas Sulu”, katanya. -Oleh Elezebeth Esther/ Sayangsabah

Komen


Berita Berkaitan