Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Pemuda UMNO Sabah Hantar Atlet ke Karnival Sukan

Ir.Shahelmey (barisan hadapan, tujuh dari kanan) bersama Jehan (kiri Shahelmey), Mohd.Bahrin (enam dari kanan), Mohd Arsad Bistari (10 dari kanan), Ketua Pemuda UMNO Bahagian-Bahagian dan kontinjen Pemuda UMNO Sabah yang menyertai Karnival Sukan Pemuda UMNO Malaysia 2015.
Ir. Shahelmey (barisan hadapan, tujuh dari kanan) bersama Jehan (kiri Shahelmey), Mohd.Bahrin (enam dari kanan), Mohd Arsad Bistari (10 dari kanan), Ketua Pemuda UMNO Bahagian-Bahagian dan kontinjen Pemuda UMNO Sabah yang menyertai Karnival Sukan Pemuda UMNO Malaysia 2015.

KOTA KINABALU: Pergerakan Pemuda UMNO Sabah menghantar seramai 82 atlit ke Karnival Sukan Pemuda UMNO Malaysia yang julung-julung kalinya diadakan di Melaka, bermula hari ini hingga Ahad (22 Mac 2015).

Kontinjen Pemuda UMNO Sabah menyertai 7 acara sukan yang dipertandingkan iaitu Futsal VIP, Futsal, Bolasepak 9 Sebelah,Sepak Takraw, Bowling, PaintBall dan Badminton.

Cabaran Pemuda UMNO Sabah diketuai oleh Pengerusi Biro Sukan Pemuda UMNO Negeri, Jehan Ongkomog selaku ketua kontinjen. Sementara Ketua Urusetia kontinjen ialah Ketua Penerangan Pemuda UMNO Sabah, Mohd.Arsad Bistari.

Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Negeri, Ir. Shahelmey Yahya berkata, tujuan utama Karnival Sukan itu diadakan bagi memupuk perpaduan dan merapatkan tali persaudaraan dikalangan anggota Pemuda UMNO di negara ini.

Katanya, atlet yang dipilih bukan sekadar mewakili Pergerakan Pemuda UMNO tetapi mewakili negeri Sabah ke cabaran Karnival Sukan Pemuda UMNO Malaysia yang disertai oleh semua negeri di Semenanjung termasuk Wilayah Persekutuan.

“Justeru, kontinjen Pemuda UMNO Sabah perlu bersaing dengan  semangat kesukanan yang tinggi dan berdisiplin, kerana membawa imej negeri Sabah”, tegasnya.

Ir. Shahelmey berkata demikian pada Majlis Taklimat dan Penyerahan Bendera Negeri Sabah kepada kontinjen Pemuda UMNO Sabah di Dewan Rakan Muda, Putatan, semalam.

Shahelmey mewakili Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Negeri, Yamani Hafez Musa.

Turut hadir di majlis itu ialah Penolong Setiausaha Pemuda UMNO Negeri,Mohd.Bahrin Abd.Karim, Ketua Penerangan Pemuda Negeri, Mohd.Arsad Bistari, Bendahari Pemuda, Faez Anistein Datuk Nordin dan Ketua-ketua Pemuda UMNO bahagian-bahagian.

Shahelmey berkata, kontinjen Sabah yang menjuara acara sukan yang disertai akan menerima insentif berupa wang tunai.-Sayangsabah

Komen


Berita Berkaitan