Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,654

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Pemuda UMNO Sabah Harap Bilangan Unit Rumah BN Ditingkatkan Di Sabah

6:12pm 06/02/2016 Pak Roshan 79 views Kota Kinabalu,Mutakhir,Tempatan

rumah

KOTA KINABALU : Pergerakan Pemuda Umno Sabah berharap kerajaan menambah bilangan rumah untuk negeri ini menerusi program Rumah Bina Negara (Rumah BN).

Ketuanya Yamani Hafez Musa berkata ini bagi memenuhi permintaan di Sabah, khususnya di luar bandar yang mempunyai kawasan yang luas.

“Kita menyambut baik pengumuman Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob semalam mengenai pembinaan 800 hingga 1,000 unit rumah di seluruh negara tahun ini.

“Bagaimanapun, kita berharap kerajaan akan meningkatkan jumlahnya di Sabah supaya rakyat di luar bandar tidak ketinggalan menikmati rumah yang selesa milik sendiri,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat pergerakan itu di sini hari ini.

Semalam, Ismail Sabri berkata projek perintis itu akan dijalankan di Bera, Pahang; Seberang Perak, Perak; dan Kinabatangan, Sabah dan akan dijual pada harga mampu milik iaitu antara RM50,000 hingga RM80,000 sebuah.

Dalam perkembangan lain, Yamani berkata Pemuda Umno Negeri mengalu-alukan ramai graduan di Sabah untuk menghadiri Program Temuduga Terbuka Skim Latihan 1Malaysia (SL1M) peringkat negeri pada 15 dan 16 Feb ini.

“Kita difahamkan kerajaan menyediakan 3,000 peluang pekerjaan untuk graduan. Peluang ini tidak harus dilepaskan,” katanya.

SL1M peringkat negeri akan diadakan di Dewan Kuliah Pusat Kedua, Iniversiti Malaysia Sabah (UMS).- BERNAMA

Haji Yamani Hafez Musa (duduk, tujuh dari kiri). Turut hadir ialah Naib Ketua Pemuda UMNO Negeri dengan Ir.Shahelmey Yahya (duduk, enam dari kiri), Penolong Setiausaha, Encik Mohd.Bahrin Abd.Karim (duduk, lapan dari kiri) dan ketua pemuda bahagian-bahagian.

Haji Yamani Hafez Musa (duduk, tujuh dari kiri) dengan Naib Ketua Pemuda UMNO Negeri dengan Ir.Shahelmey Yahya (duduk, enam dari kiri), Penolong Setiausaha, Encik Mohd.Bahrin Abd.Karim (duduk, lapan dari kiri) dan ketua pemuda bahagian-bahagian.

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan