Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,647

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Pemuda UMNO Sabah desak polis ambil tindakan terhadap Nurul Izzah

7:37pm 21/11/2015 Ann Vivien 1468 views Berita Pilihan,Jenayah,Tempatan
Yamani Hafez Musa (lapan dari kiri) bersama Ketua-Ketua Pemuda UMNO Bahagian menunjukkan laporan polis di luar Balai Polis Karamunsing selepas membuat laporan polis terhadap Nurul Izzah

Yamani Hafez Musa (lapan dari kiri) bersama Ketua-Ketua Pemuda UMNO Bahagian menunjukkan laporan polis di luar Balai Polis Karamunsing selepas membuat laporan polis terhadap Nurul Izzah

KOTA KINABALU: Pergerakan Pemuda UMNO Sabah hari ini membuat laporan polis terhadap Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar dan mahu pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap Naib Presiden Parti Keadilan itu.

Ketuanya Haji Hamani Hafez Musa berkata, tindakan Nurul Izzah Anwar mengadakan pertemuan dengan Jacel H.Kirim, anak perempuan bekas Ketua Kumpulan Bersenjata Sulu, Jamalul Kirim III adakan tindakan yang tidak wajar dan tidak bertanggungjawab.

“Nurul Izzah tidak sensitif dengan perasaan rakyat Malaysia di Sabah. Ini soal sensitivity dan kedualatan negara kita. Ia   telah tercalar oleh sikap tidak bertanggungjawabnya ”, katanya.

Beliau berkata demikian selepas mengetuai Ketua-Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Sabah membuat laporan polis terhadap Nurul Izzah Anuar di Balai Polis Karamunsing, petang tadi.

Laporan polis itu dibuat oleh Penolong Setiausaha Pemuda UMNO Sabah, Encik Mohd.Bahrin Abd.Karim bagi pihak semua Ketua Pemuda UMNO Bahagian-Bahagian seluruh Sabah.

“Kita kena sensitive dengan perasaan rakyat Malaysia kerana insiden pencerobohan pengganas Sulu di Kampung Tanduo Lahad Datu masih belum lama berlaku dan kita dikejutkan lagi dengan insiden tebusan rakyat Malaysia dibunuh”, katanya.

Hafez mahu pihak polis menyiasat apa sebenarnya yang berlaku dengan pertemuan Nurul Izzah dan Jacel Kiram kerana arwah ayahnya dikatakan mempunyai kaitan dengan insiden pencerobohan Tanduo yang telah mengorbankan banyak nyawa pasukan keselamatan negara ini.

“Kenapa Nurul Izzah perlu menemui Jacel untuk mendapatkan sokongan bagi kempen pembebasan ayahnya sedangkan ia sepatutnya menggunakan saluran yang betul”, tambahnya.

Katanya, Pemuda UMNO Sabah juga mahu kerajaan menggunakan kuasa Imigresen untuk menghalang Nurul Izzah memasuki negeri Sabah dan mengadakan lawatan ke negara Filipina.-Sayangsabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan