Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,696

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Pemuda UMNO KK tampil bantu gelandangan

12:49pm 29/06/2016 Elezebeth Esther Onjining 133 views Tempatan
Bahrin menyerahkan bungkusan makanan kepada seorang gelandangan sambil diperhatikan Yeo (kanan)

Bahrin menyerahkan bungkusan makanan kepada seorang gelandangan sambil diperhatikan Yeo (kanan)

KOTA KINABALU- Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Kota Kinabalu, Mohd. Bahrin Abd.Karim bersama Mayor Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK), Datuk Yeo Boon Hai mengagihkan bungkusan makanan dan minuman kepada para gelandangan di sekitar bandaraya sempena Program I’hya Ramadhan pergerakan itu, malam tadi.

Menurut Bahrin, program itu merupakan usaha Pemuda UMNO Kota Kinabalu membantu golongan yang amat memerlukan terutamanya dalam bulan Ramadhan.

“Kita amat prihatin dengan nasib golongan gelandangan ini walaupun bilangan mereka tidak ramai tetapi mereka perlukan bantuan dan sebagainya”, katanya.

Di samping itu, katanya, kerajaan menerusi Jabatan Kebajikan turut membantu golongan ini dengan menempatkan mereka di rumah Desa Bina Diri (DBD), Menggatal agar mereka dapat berdikari suatu masa nanti.

Tambahnya, masyarakat tidak harus memandang serong golongan yang tidak berkemampuan ini, sebaliknya tampil membantu mereka.

“Mereka bukan minta untuk menjadi begini, hidup dan tidur di kaki lima atau tempat awam. Kerana pelbagai faktor menyebabkan mereka berdepan dengan kesulitan dan kesukaran hidup”, tegasnya.

Program I’hya Ramadhan Pemuda UMNO Kota Kinabalu bersama golongan gelandangan turut mendapat sokongan daripada Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Negeri, Datuk Hajah Jainab Datuk Seri Panglima Ahmad Ayid yang turut menyertai dan bersahur bersama-sama penghuni Desa Bina Diri (DBD).

Beliau turut menyerahkan sumbangan kepada penghuni DBD. Turut hadir ialah Naib Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kota Kinabalu, Haji Razman Baddu.

Hadir sama, ahli jawatankuasa Pemuda UMNO, kakitangan Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am dan sukarelawan. -SayangSabah

Jainab menyerahkan bungkusan makanan kepada penghuni Desa Bina Diri sambil diperhatikan oleh Bahrin (kiri) dan Yeo (dua dari kiri).

Jainab menyerahkan bungkusan makanan kepada penghuni Desa Bina Diri sambil diperhatikan oleh Bahrin (kiri) dan Yeo (dua dari kiri).

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan