Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Pemuda Umno Kalabakan Selar Surendran

eksan

TAWAU : Pergerakan Pemuda Umno Kalabakan menyelar kenyataan Ahli Parlimen Padang Serai N.Surendran sebagai keterlaluan dan menghina institusi kehakiman negara.

Ketuanya Andi Muhd Suryady Andi Bandy berkata, tindakan undang-undang perlu diambil ke atas pemimpin pembangkang itu kerana mengerluarkan kenyataan berunsur hasutan.

“Tindakan tegas perlu diambil kerana Surendran dilihat cuba mempertikai keputusan mahkamah malah membuat tuduhan berat ke atas Perdana Menteri,”katanya”

Beliau berkata demikian selepas mengetuai sayap Umno Kalabakan membuat laporan Polis di IPD Tawau kira-kira jam 10 pagi kelmarin.

Menurutnya Surendran dipercayai sengaja mencemarkan imej Perdana Menteri apabila mewujudkan sentimen seolah-olah Perdana Menteri mampu mempengaruhi keputusan mahkamah.

“Kita percaya beliau sengaja mengeluarkan kenyataanya sebagaimana yang tersebar menerusi laman video Youtube untuk mengelirukan orang ramai,”katanya”

Suryady berkata, sebagai seorang individu yang mempunyai latar belakang paguam, Surendran sepatutnya lebih maklum terhadap perbuatan yang dilakukannya.

Beliau berkata, semua pihak perlu menghormati sistem kehakiman negera dan mematuhi proses perundangan negara.

“Kita sewajarnya menghormati perjalanan proses perundangan negara dan tidak sesekali membuat tuduhan yang tidak berasas.”katanya” – UtusanBorneo

Komen


Berita Berkaitan