Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,702

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Pemuda Umno Beaufort komited tingkatkan tahap pendidikan di daerah Beaufort

11:34am 05/09/2016 Elezebeth Esther Onjining 26 views Beaufort,Tempatan
SERAH...Omar ketika menyerahkan sumbangan alat tulis kepada salah seorang pelajar sempana program tersebut

SERAH…Omar ketika menyerahkan sumbangan alat tulis kepada salah seorang pelajar sempena program tersebut

BEAUFORT- Pergerakan Pemuda Umno bahagian Beaufort  komited membantu lebih ramai pelajar  khususnya di kawasan Parlimen Beaufort untuk mencapai kejayaan cemerlang dalam bidang pendidikan.

Ketuanya, Omar Shahron Haji Osin berkata, usaha tersebut adalah bagi memastikan para pelajar di kawasan ini tidak terlepas daripada mendapat peluang dalam bidang pendidikan dan seterusnya berjaya melanjutkan pengajian di peringkat tinggi.

Menurutnya, melalui pelbagai program yang telah dilaksanakan oleh pergerakan tersebut, akan memperkasakan lagi tahap pencapaian akademik pelajar di kawasan tersebut.

“Apabila keputusan peperiksaan penting seperti UPSR,PMR SPM dan STPM keluar, pelajar yang terbaik mungkin akan mendapat macam-macam tawaran daripada IPTA, namun jumlah itu  agak sedikit daripada keseluruhan yang mendudukinya setiap tahun”

“Justeru,  peranan pergerakan Pemuda UMNO bahagian ini dengan kerjasama pelbagai pihak akan  memainkan peranan membantu pelajar yang tidak dapat melanjutkan pengajian agar mereka boleh berjaya serta mengubah nasib diri dan keluarga apabila dewasa kelak,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mengagih-agihkan sumbangan peralatan sekolah kepada calon calon peperiksaan USR di  11 buah sekolah di kawasan Parlimen Beaufort baru baru ini.

Hadir sama, Pergerakan Puteri Umno bahagian Beaufort yang diketuai oleh ketuanya Suzanah Jumadih

Antara sekolah yang menerima sumbangan termasuklah  SK Klias Baru,Sk Pintas, Sk Lajau, Sk Takuli, Sk Klias Kecil, Sk Kukuro, Sk Kota Klias, Sk Kerukan, Sk Berangkok Sk Sinapokan dan Sk Melikai

Menurut Omar , pihaknya akan berkerjasama dengan sekolah untuk menganjurkan lebih banyak program  pendidikan  bagi menjayakan hasrat tersebut.

Buat peringkat permulaan katanya, Pemuda UMNO akan menumpukan usaha tersebut kepada pelajar yang mengikuti Tuisyen HELP dianjurkan pihaknya dan Yayasan Pelajaran Mara agar inisiatif tersebut tidak terhenti setakat di situ sahaja.

“Kita tidak mahu pelajar yang mengikuti kelas tambahan ini tamat begitu sahaja, malah akan memastikan mereka dibimbing terus hingga berjaya melanjutkan pengajian ke peringkat universiti,” ujarnya.

Tambah beliau, usaha itu dilihat mampu memberi peluang kepada pelajar melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi, seterusnya menjadi insan berguna yang dapat membantu keluarga.-SayangSabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan