Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,658

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Pemuda UMNO Batu Sapi mahu masalah perumahan, setinggan ditangani

7:32pm 07/08/2016 Pak Roshan 383 views Mutakhir,Sandakan,Tempatan
Ahli Majlis Tertinggi UMNO merangkap Timbalan Menteri Luar, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican (tiga dari kanan)  menyampaikan anugerah kepada Ketua Cawangan Wanita UMNO pada Perasmian Serentak Persidangan Wanita, Pemuda dan Puteri, di Sandakan. NSTP/POLIANA RONNIE SIDOM.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO merangkap Timbalan Menteri Luar, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican (tiga dari kanan) menyampaikan anugerah kepada Ketua Cawangan Wanita UMNO pada Perasmian Serentak Persidangan Wanita, Pemuda dan Puteri, di Sandakan. NSTP/POLIANA RONNIE SIDOM.

SANDAKAN: Pergerakan Pemuda UMNO Batu Sapi mengusulkan kerajaan negeri dan Pusat memberi tumpuan kepada usaha menangani masalah perumahan dan perkampungan setinggan di parlimen Batu Sapi.

Ketuanya, Khairul Firdaus Akbar Khan, berkata masalah perumahan di kawasan itu antara yang paling teruk di Malaysia dengan sebahagian besar Bumiputera Islam masih mendiami perkampungan setinggan.

Katanya, kerajaan perlu mencari kaedah sesuai termasuk menyalurkan peruntukan ke kawasan itu bagi menambah bilangan perumahan di kawasan itu, selain menaik taraf status perkampungan didiami golongan Bumiputera Islam.

“Ini antara usul Pergerakan Pemuda UMNO Batu Sapi yang kita harap akan dilihat secara serius oleh kerajaan negeri dan Pusat.

“Kita juga harap kerajaan wujudkan peluang pekerjaan lebih banyak di Batu Sapi dan beri keutamaan kepada anak muda,” katanya dalam ucapan dasar pada perasmian serentak Persidangan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Batu Sapi di Dewan Masyarakat Sandakan, di sini, hari ini.

Persidangan itu disempurnakan Ahli Majlis Tertinggi UMNO merangkap Timbalan Menteri Luar, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican.

Yang turut hadir, Ketua UMNO Bahagian Batu Sapi, Datuk Samsudin Yahya.

Sementara itu, Reezal Merican ketika merasmikan persidangan itu menasihatkan ahli UMNO agar menolak segala hasutan daripada individu yang pernah bersama dengan UMNO.

Beliau berkata, isu yang dibawa penghasut adakalanya tiada kebenaran dan bersifat fitnah semata-mata untuk menjatuhkan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak demi menunjukkan kehebatan mereka.

“Kita tak akan terima penghasut biarpun mereka pernah bersama kita (dalam UMNO),” katanya.

Reezal Merican berkata, beliau juga yakin semangat UMNO Bahagian Batu Sapi yang sebelum ini berdepan isu susulan dakwaan 600 ahli keluar parti baru-baru ini, menjadi pencetus kekuatan kepada UMNO Bahagian lain. – BH Online

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan