Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Pemuda Umno Akan Serah Memorandum Kepada Kedutaan Rusia, Ukraine Dan PBB

memorandom pemuda

IPOH– Pemuda Umno dan badan bukan kerajaan (NGO) akan menyerahkan memorandum kepada kedutaan Rusia, Ukraine dan pejabat perwakilan Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) untuk meminta pihak berkenaan menyelesaikan konflik di timur Ukraine sehingga menyebabkan pesawat MH17 terhempas dipercayai akibat ditembak jatuh.

Naib Ketuanya Khairul Azwan Harun berkata pihaknya akan meminta PBB mencari jalan penyelesaian supaya kerajaan Rusia dan Ukrine mengetepikan pertikaian antara mereka bagi memudahkan siasatan dijalankan serta membenarkan pasukan bantuan masuk ke kawasan kejadian untuk mengeluarkan mayat mangsa.

“Walaupun laporan ada menyatakan kejadian tersebut berpunca daripada tembakan misil, kita harap jangan ada pihak yang cuba melindungi pihak yang terlibat. Rakyat Malaysia terutama keluarga mangsa mahukan keadilan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri program sumbangan Aidilfitri bersama-sama anak angkat Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir di gedung beli-belah Mydin di sini Ahad.

Pesawat Malaysia Airlines (MAS) itu sedang dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur ketika ia terhempas di Ukraine yang sedang bergolak. Pesawat itu membawa 298 orang – 283 penumpang dan 15 anak kapal.

Pihak berkuasa Ukraine percaya pesawat Boeing 777 itu ditembak jatuh. Lokasi pesawat itu terhempas terletak di kawasan pasukan tentera Ukraine yang sedang berjuang menentang kumpulan pemberontak proRusia.

Khairul Azwan berkata rakyat Malaysia terutama keluarga mangsa yang terlibat sangat sedih dan kecewa dengan kejadian yang berlaku itu.

Beliau juga berharap kotak hitam pesawat berkenaan diserahkan kepada kerajaan Malaysia.

Berhubung misi kemanusiaan ke Gaza, katanya lebih 50 anggota perwakilan daripada Biro Kebajikan Umno dan NGO terlibat dalam misi itu yang diketuai oleh Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim.

“Mereka yang menyertai misi kemanusiaan ini adalah secara sukarela…mungkin kawasan yang akan kita pergi kali ini terbatas…namun ia tidak melemahkan semangat misi,” katanya.

Beliau berharap misi kemanusiaan kali ini dapat membantu mangsa terutama pelarian Palestin yang terpaksa keluar dari Gaza kerana diserang regim Israel.

Komen


Berita Berkaitan