Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Pemuda siap sedia sertai Festival Sukan Pemuda UMNO di Melaka

Pasukan Pemuda UMNO Sabah yang akan mewakili Sabah ke Festival Sukan Pemuda di Melaka. - foto Kalawon Sawing
Pasukan Pemuda UMNO Sabah yang akan mewakili Sabah ke Festival Sukan Pemuda UMNO di Melaka. – foto Kalawon Sawing

KENINGAU – Pasukan Pemuda UMNO Sabah mengesahkan penyertaan dalam Festival Sukan Pemuda UMNO yang akan diadakan pada 20 hingga 23 Mac ini di Air Keruh, Melaka.

Pengurus pasukannya, Nik Nadzri Nik Zawawi berkata, selain latihan yang dijalankan sebelum pasukan itu bertandang ke Melaka, mereka akan menganjurkan beberapa perlawanan persahabatan bersama pasukan bola sepak berpengalaman untuk memantapkan pasukan.

Katanya, selain meletakkan impian untuk menjulang piala dalam kejohanan itu nanti ia juga bertujuan membudayakan cara hidup sihat dalam kalangan Pemuda disamping mempupuk semangat kesukanan yang jitu.

“Antara acara sukan yang dipertandingkan pada festival itu ialah bola sepak, fustal, badminton, boling, golf, paint ball dan sepak takraw,” katanya ketika ditemui media selepas menyaksikan perlawanan persahabatan di antara Pasukan Pemuda UMNO Sabah menentang Pasukan Perantau Dari Semanjung di Kompleks Sukan, di sini semalam.

Nik Nadzri yang juga Ketua Pemuda UMNO Bahagian Keningau berkata, dengan adanya perlawanan yang disertai mereka itu nanti bukan sahaja memberi peluang kepada ahli Pemuda menimbah pengalaman, tetapi juga dapat mendedahkan mereka dalam mana-mana acara sukan. – oleh Kalawon Sawing / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan