Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Pemuda sasar 120,000 ahli baharu tahun ini: Khairy

Khairy Jamaluddin (tengah) ketika Mesyuarat Pemuda UMNO Malaysia sempena Pemukiman Pemuda UMNO yang diadakan selama tiga hari sejak semalam. - foto Alex Mairin
Khairy Jamaluddin (tengah) ketika sidang media selepas mempeengerusikan Mesyuarat Pemuda UMNO Malaysia sempena Pemukiman Pemuda UMNO di Kota Kinabalu, Sabah. – foto Alex Mairin

KOTA KINABALU – Pemuda UMNO meletakkan sasaran untuk menambah seramai 120,000 ahli baharu pada tahun ini.

Perkara itu dinyatakan oleh Ketuanya, Khairy Jamaluddin, bahawa usaha itu merupakan satu gerak kerja penting Pemuda yang bakal dilaksanakan oleh semua ahli di peringkat negeri, bahagian dan cawangan seluruh negara.

Menurut beliau, daripada 120,000 ahli baharu itu, sekiranya mereka sudah mencapai umur 21 tahun akan menjadi pengundi yang didaftar dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

“Ini adalah gerak kerja penting bagi kita untuk memastikan kita ada keahlian yang bertambah dan juga dapat menarik minat golongan muda bersama dengan UMNO bukan hanya untuk menyokong tetapi untuk menjadi ahli UMNO yang aktif dan bersama dalam perjuangan kita sebagai aktivis,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Khairy Jamaluddin (kanan) mengiringi Ketua Menteri merangkap Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri, Datuk Seri Musa Aman (dua dari kanan) bagi menghadiri Majlis Makan Malam Pemukiman Tahunan Kepimpinan Pergerakan Pemuda UMNO dan Sesi Bicara Tokoh Bersama Ketua Menteri. - foto Alex Mairin
Khairy Jamaluddin (kanan) mengiringi Ketua Menteri merangkap Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri, Datuk Seri Musa Aman (dua dari kanan) bagi menghadiri Majlis Makan Malam Pemukiman Tahunan Kepimpinan Pergerakan Pemuda UMNO dan Sesi Bicara Tokoh Bersama Ketua Menteri. – foto Alex Mairin

Terdahulu beliau mempengerusikan Mesyuarat Pemuda UMNO Malaysia sempena Pemukiman Pemuda UMNO yang diadakan selama tiga hari sejak semalam.

Hadir sama Ketua Pemuda UMNO Sabah, Hafiz Yamani Musa dan Timbalannya, Shahelmy Yahya serta ketua-ketua Pemuda UMNO negeri seluruh negara.

Mengenai mesyuarat tersebut, Khairy berkata, beberapa perkara penting telah dibincangkan termasuk persiapan Pemuda menghadapi pilihan raya umum ke-14 akan datang.

“Dalam pemukiman ini juga kita bincangkan soal pentadbiran dalaman, persiapan dua dan tiga tahun akan datang untuk pilihan raya. Jadi kita ada pelan untuk tempoh itu untuk menghadapi pilihan raya.

“Tempoh dua hingga tiga tahun ini tidaklah jauh sangat… ia akan datang dengan cepat, jadi kita ada banyak perbincangan strategi dalaman dan persiapan dalaman untuk kita menghadapi PRU14,” ujarnya.

Ditanya mengenai program baharu Pemuda untuk tahun ini, Khairy berkata, pihaknya telah mengatur banyak aktiviti yang memberi tumpuan kepada golongan profesional muda.

Musa Aman (tengah, barisan depan) bersama ketua-ketua Pemuda negeri yang hadir sempena Mesyuarat Pemuda UMNO Malaysia sempena Pemukiman Pemuda UMNO yang diadakan selama tiga hari sejak semalam. - foto Alex Mairin
Musa Aman (tengah, barisan depan) bersama ketua-ketua Pemuda negeri yang hadir sempena Mesyuarat Pemuda UMNO Malaysia sempena Pemukiman Pemuda UMNO yang diadakan selama tiga hari sejak semalam. – foto Alex Mairin

“Semalam, kita menganjurkan satu kursus untuk profesional muda di Kedah. Program ini akan dibawa ke setiap negeri dan diadakan secara percuma. Program tersebut untuk memantapkan lagi kemahiran berucap, penyampaian dan berkomunikasi dalam kalangan profesional muda dan ia mendapat sambutan menggalakkan,” jelas beliau lagi.

Khairy menambah, usaha itu diharap dapat meningkatkan kemahiran profesional muda selaku golongan yang penting tanpa mengira bangsa, sama ada mereka ahli UMNO atau tidak.

Dalam pada itu, beliau memberitahu Pemuda juga akan menganjurkan Karnival Sukan UMNO pada akhir Mac ini melibatkan semua 191 bahagian Pemuda seluruh negara.

Program lain yang dirancang ialah untuk membantu golongan muda mendapat perumahan seperti skim rumah transit yang mana telah diperjuangkan oleh Pemuda dan menjadi realiti melalui Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Katanya, Pemuda juga mempunyai beberapa inisiatif lain untuk mendesak kerajaan bagi membantu dari segi kos sara hidup dan sebagainya. – oleh Sitti Nor Azizah Talata / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan