Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Pemuda Pensiangan cadang anjur lebih banyak program rekreasi

Kedua pasukan yang mengambil bahagian pertandingan itu  bergambar kenangan  sebelum perlawanan bermula. - foto Kalawon Sawing
Kedua pasukan yang mengambil bahagian pertandingan itu bergambar kenangan
sebelum perlawanan bermula. – foto Kalawon Sawing

KENINGAU – Ahli Jawatankuasa Bahagian menewaskan Pemuda UMNO Bahagian Pensiangan dengan jaringan 4-3 dalam perlawanan persahabatan futsal sempena Program Santai Pemuda UMNO Bahagian Pensiangan di Padang Hoki Kompleks Sukan Keningau.

Ketuanya, Jehan Osman berkata, perlawanan persahabatan itu bertujuan mengeratkan lagi hubungan dalam kalangan ahli Pemuda dan Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Pensiangan yang diketuai oleh Datuk Abdul Ghani Datuk Yassin.

“Progarm Santai Pemuda merupakan salah satu daripada program Pemuda bahagian ini dalam usaha mendekati masyarakat di akar umbi khususnya golongan muda” katanya ketika berucap dalam majlis itu di sini hari ini.

Hadir sama dalam program santai itu ialah Timbalan Ketua UMNO Bahagian Pensiangan, Abie Wednes Gamboi; Naib Ketua Bahagian, Ulin Pamiang; Setiausaha UMNO Bahagian, Anthony Amin; Ketua Penerangan, Sakim Ibrahim dan barisan barisan ahli jawatankuasa bahagiannya.

Beliau berkata, mendekati golongan muda diperingkat akar umbi adalah agenda utama Pemuda dalam menyalurkan maklumat tepat dan terkini berkaitan isu semasa agar mereka tidak mudah terpedaya dakyah pihak yang tidak bertanggungjawab. – oleh Kalawon Sawing / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan