Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Pemuda Orang Asli ditemui mati dipercayai dibunuh

orangasli

KUANTAN: Seorang pemuda Orang Asli ditemui mati dengan kesan kecederaan di bahagian rusuk kirinya di sebuah ladang di Kampung Sungai Gayung, Kedaik dekat Rompin, awal pagi tadi. 

Pemangku Ketua Polis Daerah Rompin, Asisten Superintendan Mohd Razali Razak, berkata mayat Rosli a/l Kam Pak Chin, 20, ditemui terbaring berhampiran motosikalnya di Jalan Ladang Far East Kedaik kira-kira jam 3.30 pagi. 

“Mayat mangsa ditemui oleh kenalan rapatnya yang kemudiannya memaklumkan kepada keluarga mangsa sebelum kakak mangsa membuat laporan polis. 

“Kakaknya juga memaklumkan terdapat kesan darah serta kecederaan pada rusuk kiri adiknya,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini. 

Menurutnya, polis yang menerima maklumat berhubung kejadian itu bergegas ke tempat kejadian dan siasatan awal mendapati mangsa dipercayai dibunuh. 

Katanya, mayat kemudiannya dibawa ke Hospital Daerah Rompin untuk dibedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. – BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan