Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Pemuda menyumbang kepada pelajar tahfiz dan guru

Bahrin menyerahkan sumbangan jubbah untuk pelajar tahfiz kepada Ustaz Ismail sambil diperhatikan oleh sebahagian pelajar pusat itu.
Bahrin menyerahkan sumbangan jubah untuk pelajar tahfiz kepada Ustaz Ismail sambil diperhatikan oleh sebahagian pelajar pusat itu.

MENJELANG Hari Raya Aidilfitri, pelajar tahfiz Al-Quran  tidak dilupakan. Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Kota Kinabalu,  Mohd.Bahrin Abd.Karim telah menyampaikan  sumbangan berupa baju jubah, beras dan duit raya kepada 60  pelajar dan guru Pusat Pengajian Tahfiz Al-Quran  As-Syatibiyah Masjid Bandar Kota Kinabalu, semalam.

Beliau yang juga Penolong Setiausaha Pergerakan Pemuda UMNO Negeri menyerahkan sumbangan peribadi itu kepada guru kitab  pusat itu, Ustaz Ismail Abd.Rahman.

“Sumbangan ikhlas zakat ini walaupun tidak seberapa  nilainya, ia diharap dapat memberi kecerian, kegembiraan dan tanda ingatan saya kepada pelajar dan guru-guru tahfiz  menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri”, katanya ketika ditemui di pusat itu.

Turut hadir ialah Setiausaha Pemuda UMNO Bahagian Kota Kinabalu, Fadly Faris Teo.-Sayangsabah
 

Komen


Berita Berkaitan