Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Pemuda maut, sempat rai tahun baru cuma sehari

Keadaan mangsa yang maut serta merta di tempat kejadian.
Keadaan mangsa yang maut serta merta di tempat kejadian. – foto ihsan Jabatan Bomba dan Penyelamat

KENINGAU – Nasib tidak menyebelahi seorang pemuda tempatan apabila hanya sempat menikmati tahun baru cuma sehari selepas maut dalam kemalangan yang meragut nyawanya di Kilometer 4 Jalan Keningau – Nabawan, pagi ini.

Dalam kejadian tersebut, mangsa dikenali Elson Lomison, 25, maut di tempat kejadian akibat cedera parah pada bahagian kepala ekoran motosikal jenis Honda Wave dipandunya bertembung dengan sebuah kenderaan Nissan.

Ketua Polis Daerah, Deputi Superitendan, Douglas Nyeging Taong menjelaskan, semasa kejadian mangsa dipercayai memasuki lorong kenderaan Nissan dari arah yang bertentangan lalu melanggar kenderaan berkenaan yang bergerak dari arah Nabawan ke Keningau.

“Pemandu kenderaan Nissan yang sudah melihat motosikal mangsa yang memasuki lorongnya cuba mengelak tetapi motosikal berkenaan telah melanggar bahagian belakang kanan Nissan itu terlebih dahulu menyebabkan motosikal itu tercampak dan melanggar sebuah lagi kenderaan Kancil,” katanya sambil menambah kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Douglas berkata, akibat perlanggaran itu penunggang motosikal maut manakala pemandu Kancil dan Nissan tersebut masing-masing dikenali sebagai Jason Godenan @ Andiran dan Jain Durasid, mengalami kecederaan ringan dan dirawat di Hospital Keningau. – oleh Kalawon Sawing / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan