Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,644

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Pemuda maut dalam nahas jalan raya

6:32pm 20/09/2016 Pak Roshan 1221 views Lahad Datu,Mutakhir,Tempatan
Foto Ihsan Pembaca

Foto Ihsan Pembaca

LAHAD DATU: Seorang pemuda maut selepas motosikal ditunggangnya terlibat dalam nahas jalan raya membabitkan sebuah lori Nissan 10 tan yang berlaku di kawasan lampu Isyarat jalan Lahad Datu -Tawau, berhampiran simpang Sekolah Menengah Cina (SMC) dekat sini, pagi kelmarin.

Ketua Polis Daerah ini, ACP Hamzah Ahmad berkata, mangsa yang dikenali sebagai Tengku Norazhar Tengku Razali, 21, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat parah di bahagian kepala dan dadanya.

Katanya, nahas tersebut berlaku kira-kira pukul 6.30 pagi sewaktu mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha Ego ketika itu sedang dalam perjalanan dari arah Silam menuju ke Lahad Datu.

Bagaimanapun katanya, sebaik tiba di tempat kejadian motosikal mangsa dikatakan telah terlanggar tayar belakang sebelah kanan sebuah lori Nissan yang keluar simpang dari arah jalan SMC menuju ke arah Silam.

Akibat kejadian itu kata Hamzah, mangsa yang parah telah meninggal dunia di tempat kejadian.

“Mayat pemuda itu dihantar ke kamar mayat Hospital Lahad Datu untuk bedah siasat.

“Kita juga memohon orang ramai yang menyaksikan kejadian tersebut agar dapat tampil ke Ibu Pejabat Polis Lahad Datu bagi membantu siasatan,” katanya lagi sambil menambah kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 41(1) APJ 1987. – NewSabahTimes

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan