Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,642

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Pemuda jual hidrogen sebagai gas memasak

9:59am 13/05/2016 Pak Roshan 768 views Global
welcome-for-super-dede-water-fuelled-stoves-5Z7

Dede Miftahul Anwar

Bandung: Seorang pemuda di sebuah kampung di sini mencipta sebuah mesin elektrolisis bagi menguraikan gas hidrogen daripada air sebelum dijual sebagai gas untuk memasak.

Dede Miftahul Anwar, 22, berkata, idea bagi mencipta mesin berkenaan tercetus selepas melihat penduduk kampungnya sukar mendapatkan gas petroleum cecair untuk memasak.

“Kampung saya agak terpencil dan lori membawa tong gas untuk memasak tidak dapat masuk ke sini.

“Satu-satunya pengangkutan ke kampung saya ialah menggunakan motosikal dan melalui hutan serta sawah,” katanya.

Menurutnya, untuk sampai ke kampungnya di Kampung Kerajan di Desa Cihambulu di Subang, perlu melalui satu jambatan sempit bagi menyeberangi sungai yang luas dan deras.

“Kalau dari Bandung, perjalanan ke kampung saya mengambil masa lima jam,” jelasnya.

Kata Dede, atas faktor itu dia mencipta mesin elektrolisis berkenaan bagi membantu keluarganya serta penduduk kampung lain.

“Alat untuk mencipta mesin ini mudah didapati dan murah, jadi saya boleh menjual gas ini lebih murah berbanding gas memasak biasa,” katanya.

Melalui syarikatnya, CV Energon Teknologi, Dede menjual gas hidrogen dengan harga Rp10,000 (RM3) setong yang cukup untuk digunakan untuk memasak selama dua minggu. – Agensi/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan