Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,824

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Pemuda Disyaki Simpan Barang Curi Bakal Berdepan Hukuman

10:27am 03/09/2016 Pak Roshan 250 views Jenayah,Mutakhir
Foto : IPD Tawau

Foto : IPD Tawau

Tawau, 1 September 2016 – Padah memiliki barang curi, seorang lelaki ditahan sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (CID) pada 29 Ogos lalu dan bakal diheret ke muka pengadilan.

Siasatan lanjut pihak polis berhasil menemukan 3 cermin mata dipercayai barang curi yang diperolehi hasil kejadian jenayah yang berlaku di kedai optik tersebut.

Lelaki tempatan berumur 31 tahun itu ditahan di kediamannya di sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Titingan.

Terdahulu sebuah kedai optik di Jalan Daeng Kerahu telah dipecah masuk. Sebanyak 54 cermin mata pelbagai jenama bernilai lebih kurang RM 8000 dilaporkan hilang dalan kejadian itu.

Dalam pada itu, kes pecah masuk di sebuah kedai selesai dengan tertangkapnya seorang suspek lelaki warga asing berumur 50 tahun.

Lelaki berkenaan dikenalpasti sebagai dalang kes tersebut ditahan selepas padanan cap jari yang diperolehi di kawasan kejadian sama dengan cap jarinya.

Lelaki tersebut ditahan untuk siasatan lanjut. Kes disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan.

*********************************************
PERINGATAN: Artikel ini diterbitkan untuk memberi pengajaran kepada masyarakat berkenaan akibat perlakuan jenayah dan kesannya terhadap diri sendiri dan orang lain selain memaparkan sebahagian kejayaan PDRM Tawau. Diharap para pembaca mengambil pengajaran dari paparan yang disiarkan dan menghindarkan diri serta keluarga dari sebarang kegiatan jenayah. Artikel juga tidak disiarkan untuk memalukan atau menyinggung mana-mana pihak. – Admin Polis Daerah Tawau

Sumber : Facebook Polis Daerah Tawau

 

Foto : IPD Tawau

Foto : IPD Tawau

Foto : IPD Tawau

Foto : IPD Tawau

 

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan